Thursday 5 September 2013

Soalan Novel Jeriji Kasih

Pengarang novel Jeriji Kasih telah mengetengahkan persoalan masalah sosial remaja yang berlaku pada masa kini dalam novel yang tersebut.

Berdasarkan persoalan di atas, jelaskan empat perkara yang dilakukan oleh remaja dalam novel tersebut bagi menunjukkan mereka terlibat dalam kebejatan sosial.                            (16 markah)


Draf jawapan

i. Masalah pengambilan dadah - Syed Fariz mengambil ubat batuk dan menghidu gam
ii. Masalah penubuhan kumpulan haram - Syed Fariz dan Lily Surihani menubuhkan kumpulan haram untuk melakukan aktiviti tidak sihat seperti memeras ugut pelajar lain.
iii. Masalah mencuri dan meragut - Kumpulan yang diketuai oleh Syed Fariz telah menjalankan aktiviti mencuri barang-barang di pasar raya dan meragut.
iv. Masalah pengedaran ubat terlarang (dadah) - Syed Fariz pernah ditangkap semasa di sekolah lamanya kerana terlibat dalam penjualan ubat batuk. Hal ini pernah diceritakan oleh Syarifah Farisya kepada Anuariza.




No comments:

Post a Comment