Friday, 12 July 2013

SOALAN STURKTUR WARKAH DARI RAMALLAH, MUZIKAL KAMPUNG BARU DAN DONGENG SANG PUTERI

 4.                    WARKAH LUKA DARI RAMALLAH
Entah bila bahasa suratmu nanti
Bersalutkan harum kasturi
Dan potret-potret merpati putih
Yang mengibarkan sayap mimpi
Di langit lazuardi
HUSNA NAZRI
(a)          Apakah maksud personifikasi dan sinkope?               (2 markah)
(b)         Nyatakan contoh personifikasi dan sinkope dalam rangkap di atas?      (2 markah)



5.  GULAM RUSSEL :  Seluruh anak Kampung Baru berbagai-bagai peringkat akan dilibatkan. Pembangunan ini berjalan serentak. Apabila dibina hotel, kita latih seluruh kakitangan dalam berbagai-bagai bidang. Kita juga latih pasukan keselamatan, tukang masak, pelayan, jurubahasa. Kita mahu anak-anak kita menguasai semua bahasa utama di dunia; Peranchis, Jepun, Jerman, Rusia, Korea, Mandarin, Tamil, Hindi, Parsi, Itali!
(Dipetik daripada Drama Muzikal Kampung Baru, Antologi Anak Global)


(a)          Nyatakan watak dan perwatakan Gulam Russel berdasarkan petikan drama di atas.

    (2 markah)

(b)         Nyatakan dua kebaikan mempelajari lebih daripada satu bahasa.                (2 markah)


6. KEBAYAN :  Anak kepada adik-beradiknya. Puteri tentu tahu, Raja kita suka berkahwin ramai. Kadangkala tidak tahu siapa anak-anak saudara, anak siapa. Itulah kedudukannya. Bonda kamu tu, isteri kedua Tengku Mahmud. Isteri pertamanya mandul.
(Dipetik daripada drama Dongeng Sang Puteri, antologi Anak Global)
(a)          Siapakah Kebayan dalam petikan drama di atas?                                             (1 markah)
(b)         Huraikan perwatakan Puteri dalam petikan drama ini.                 (3 markah)



No comments:

Post a Comment

Post a Comment