2215
Kesusasteraan Melayu
Percubaan SPM kedua
Sept 2014
2 ½ jam
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN LUTONG
==================================
PEPERIKSAAN
PERCUBAAN
SIJIL
PELAJARAN MALAYSIA 2014
KESUSASTERAAN
MELAYU
Dua
jam tiga puluh minit
JANGAN
BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
Kertas
soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.
Jawab
semua soalan Bahagian Satu.
Jawab
tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A,
Bahagian B dan Bahagian C.
Jawapan
anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya terdapat
kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada
pengawas peperiksaan.
Kertas
soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak
Disediakan oleh Disemak
oleh Disahkan
oleh
Mohd Fisal bin Ismail Sofia
Zainuddin Pn.
Magdalen Su
Ketua Panitia KM Guru
KM Guru
Kanan Bahasa
Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.
Puisi A
Anak
indung anak ketitir,
Anak merbah terlompat-lompat,
Yang dikendong habis tercicir,
Yang dikejar haram tak dapat.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
1.
a. Apakah maksud anafora ? [2 markah]
- Nyatakan satu contoh anafora dalam puisi di atas. [2 markah]
2. Buah langsat gendong di kain,
Pokok rendang bergantung-gantung;
Bukan
dagang datang bermain,
Dagang datang mencari untung.
(Dipetik daripada Pantun Empat Kerat Dagang)
Jelaskan maksud pantun di atas.
[4
markah]
3.
Syahadan,maka dicitanya nama gurunya Bakawan Narada, maka keluarlah jin
keempat orang akan pahlawan daripada sekalian jin yang amat banyak itu. Maka
jin itu pun datanglah menyembah Putera Jayapati. Maka sembahnya, "Ya tuanku,
apa pekerjaan tuanku memanggil patik ini dan musuh yang mana hendak disuruh
patik melawan?
Maka sangatlah ingin rasanya patik hendak berperang". Maka kata
Putera Jayapati,
"Hai
saudaraku,lawanlah akan hulubalang Raja Gangga Wijaya yang di bawah mahligai
ini'.
Dipetik daripada Hikayat Putera
Jayapati, Seuntai Kasih Secebis Harapan)
a. Nyatakan satu unsur cerita panji di atas beserta
contoh? [2 markah]
b. Berikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam
petikan berserta contoh? [2 markah]
4. Pada saat keberangkatan itu
Kami yakin
perjalanan ayah lebih mudah
Kerana ayah punya
isteri tabah
Dan anak menantu
yang pasrah
Mengiringi ayah
kebaikan yang mewangi
Di setiap cebisan
pandan bertaburan
Di atas pusara
(Dipetik daripada Sajak Keberangkatan Ayah karya Ratna Laila Shahidin)
Nyatakan dua nilai rangkap sajak di atas beserta contoh. [4 markah]
5. SERI NARA : Tentu kesal, kerana kezaliman baginda
membunuh, ramai orang besar terkorban.
Siapakah bunuh raja Zainal, bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan
keluargannya? Dan banyak lagi kekejaman berlaku?
HANG KADIM: Sudahlah, Nara. Jangan disebut-sebut sejarah
yang lepas. Kejatuhan
Melaka akan jadi pengajaran semua orang. Baginda akan kesal…
( Dipetik daripada drama Bendahara Tepok, Antologi Madu Ilmu)
Nyatakan dua pengajaran yang dalam petikan berserta contoh. [4 markah]
6.
IMRAN : (suara putus-putus) sabar, Asma. Jangan putus asa. Bawa
mengucap. Mereka bawa kita ke hospital ni. Engkau akan sembuh cepat, Percayalah.
Aku pun sakit juga, luka-luka. Maaf ya, Asma. lni semua salah aku, tak dengar
nasihat kau. Aku menyesal, tapi apa boleh buat, perkara sudah terjadi
( Dipetik daripada drama Menggapai Pelangi oleh Taha Abd Kadir )
a. Nyatakan satu latar masyarakat berserta contoh berdasarkan petikan. [2 markah] b. Nyatakan satu gaya bahasa berserta contoh berdasarkan petikan. [2 markah]
7. Deru angin yang menyentuh
seluruh badanku bagaikan menggerakkan segala sendi
pemalasku. Dingin.
Bagaikan kucing bangun tidur,aku menggeliat.Mengendurkan
otot-otot yang
tegang.Aku melepas pandang ke arah bukit bukau di sekitar rumahku.
Kabus pagi masih
lagi belum mahu membiarkan suria menonjolkan diri. Dingin
menghambat ke
seluruh tubuhku yang kurus
(
Dipetik daripada cerpen Benar kata Ayah oleh Ria Asmira )
Berikan. dua gaya
bahasa beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.
[4 markah]
8. "Kau
punya cita-cita ,Rini? 'tanyaku sekadar mengalih tajuk perbualan.
"Ya. Aku ingin sekali menjadi seorang
doktor. Jika tercapai cita-cita itu nanti, tahulah
aku untuk mengubah nasib bangsaku. Cuma
kadang-kadang aku terasa, dalam hidup
seperti ini,
mampukah itu dinamakan cita-cita atau hanya tinggal angan-angan sahaja?'
Ada segarit
senyuman tawar di sudut bibir gadis itu.
( Dipetik daripada
cerpen Di Bawah Langit Takut-takut oleh
Amalia Fauza Bohari )
a.
Huraikan satu teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas. [2 markah]
b.
Nyatakan satu latar
masyarakat berserta contoh dalam petikan. [2 markah]
9. "
Emak sebenamya ada masalah berat dan tak tahu dengan siapa emak nak
berkongsi."
Di situ dia noktahkan ayatnya.
(Dipetik daripada novel
Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid)
a. Siapakah Emak dalam
petikan di atas dan dialog itu ditujukan kepada siapa?
[2 markah]
b. Apakah masalah berat yang
dihadapi oleh emak dalam petikan di atas? [2 markah]
10. Syed Mustafa senyum dan berpuas hati dengan penerangan Anuariza.
Dia mengakui ketinggian ilmu agama anak muda itu. Maghrib dan subuh tadi, dia
mendengar laungan azan yang begitu lunak dari masjid kampung. lbunya mengatakan
Anuariza yang melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Sewaktu kenduri
kesyukuran di rumahnya malam semalam juga, Anuariza turut diberi kepercayaan
berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas imam kampung itu memulakannya.
(
Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )
a.
Berikan satu unsur
lslam yang terdapat dalam petikan di atas beserta contoh.
[2 markah]
b. Nyatakan satu perwatakan Anuariza berserta contoh dalam petikan.
[2 markah]
Bahagian Dua
[60 markah]
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab
sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.
1.
Baca puisi di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Syair
Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Persahabatan
Zahir peruntungan yang telah
sejati,
Mendapat saudara handai
sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.
Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohonkan
segera.
Jatuh padanya itu sekalian,
Darjah kehebatan lagi kepujian,
Nur keelokan rahmat ketinggian,
Daripada itu hingga
kemudian.
Kerana fakir tiada terkuasa,
Pada hamba lusuhlah jasa,
Budi yang ihsan dipohon sentiasa,
lkatan reda sama sebangsa.
Sesungguhnya tenang rasa
fikirku,
Serta rahmat anugerah Tuanku,
Yang telah menghasilkan
maksudku,
Memecahkan di hati yang terbuku.
( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )
a. Jelaskan empat
bentuk syair di atas.
[8 markah]
b. Nyatakan dua amalan
masyarakat dalam memupuk hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang
terdapat dalam syair di atas.
[4
markah]
c. Ciptakan dua rangkap syair
yang bertemakan kasih sayang. [8
markah]
2. Berdasarkan Hikayat Indera Nata,
huraikan :-
a. Dua kejahatan yang
dilakukan oleh Indera Jenaka dan ibunya Si Batu Kembar terhadap Indera Nata dan
ibunya Tuan Puteri Cenderawati/Si Piatu. [4 markah]
b. Dua kejayaan Indera
Nata.
[4 markah]
c. Tiga pengajaran yang
terdapat dalam hikayat tersebut.
[12 markah]
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab
sama ada Soalan 3 atau Soalan 4
3.
Baca petikan sajak di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan
berikutnya.
berikutnya.
ASIN MUSIM GENTING
Kelak di
manakah nanti
jika senja
meganya berarak
meninggalkan
tompokan sengketa
bertaburan
di kaki langit.
Ah!
Siapalah sanggup
mengharungi
dendam saban waktu
singgah
menimpa diri
mematikan
dalam bahana sakit
perang
yang mendengkikan.
Sungai
terus menggalas arus
beban
hampas sarap kekejian
dibeting-beting
lekat longgokan hanyir perca kemanusiaan koyak-rabak
dimakan
asin musim genting.
Lalu
mereka berlari menembusi sempadan
halaman
penuh duri taburan percikan
perang dan
peluru
meletus
ratah tubuh lesu
kampung
dusun membiakkan zuriat
hangus
dibelakang kering lalang
|
Bukan sengaja menadah keseksaan
padang sasar tubuhlah galang-gantinya
menjadikan perjanjian makin sangsi
di kepalsuan. Secarik kertas
terbakar di tangan. Api terus berang
tanah terkebak dihentak ledak.
Siapalah kita antara baris-baris puisi
bait-bait terus bersuara
melangkah hajat manusia marhaen
dalam gejala tindak-tanduk
tamadun kini,
manusia lebih berani
mengkhianati janji
Jamaludin D.
|
(a)
Jelaskan tema sajak tersebut. [4 markah]
(b) Huraikan empat gaya bahasa berserta contoh.
[8 markah]
(c)
Cipta sebuah sajak bertemakan Keindahan
Alam. Bilangan
baris sajak anda itu hendaklah tidak kurang daripada lima belas baris. [8 markah]
4. Berdasarkan drama Dongeng
Sang Puteri karya Wan Ahmad lsmail :
a. Jelaskan empat perwatakan
Puteri Lelawati Ayu . [8 markah]
b. Bincangkan dua pengajaran
dalam drama . [4 markah]
c. Huraikan Dua kritikan terhadap watak Tengku Mahmud Baginda. [8 markah]
Bahagian
C
(Cerpen
dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6
5. Berdasarkan cerpen Cikgu Apek karya Siti Hajar
Mohd Zaki :
(a)
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut. [4 markah]
(b) Jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam cerpen. [4 markah]
(c) Huraikan tiga pengajaran dalam cerpen. [12 markah]
6. Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali
Lateh :
(a)
Huraikan tiga persoalan. [12 markah]
(b) Huraikan dua nilai yang menunjukkan Jalil seorang yang
bertanggungjawab . [8 markah]