BAHAGIAN SATU
[40 markah]
Jawab semua soalan
1.
Kami tak mahu keadaan begini,
Azab sengsara di abad ini.
Kami kehausan kami kelaparan,
Di medan perang mayat berkaparan.
Mengapalah perang selalu meletus,
Suara kedamaian sering diutus.
(Dipetik daripada Seuntai
Kasih Secebis Harapan)
a)
Nyatakan jenis puisi di
atas. (2
markah)
b)
Berikan dua ciri bentuk puisi di
atas.
(2 markah)
2. Maka Caya Langkara pun
pergilah mengambil daun kembang kuma-kuma itu, baru sehelai diambil oleh Caya
Langkara maka ditolaknya oleh Muqaddam dan Muqaddim maka Caya Langkara pun
jatuh ke dalam laut. Maka Caya Langkara pun bergantung pada daun kembang
kuma-kuma dibawa oleh arus kerana gunung Mesir itu pusat laut.
(Dipetik
daripada Hikayat Caya Langkara, hal 192)
a)
Jelaskan perbuatan jahat Muqaddam dan
Muqaddim terhadap Caya Langkara.
(2 markah)
b)
Siapakah
yang menyelamatkan Caya Langkara di tengah laut? (2
markah)
3. Maka ia pun
menggerak-gerakkan kepalanya; lalu Tuk Ca itu sembah kepada baginda itu,
“Penyakit baginda itu tiada dapatlah diubat melainkan adalah satu jalan,”
katanya. “iaitu jikalau ke bawah duli pelihara lagi Tuan Puteri Sa’dung ini di
dalam istana tuanku, tiadalah sembuh penyakit tuanku ini.
(Dipetik daripada Hikayat Seri Kelantan,
hal 125)
a)
Apakah penyakit yang dihadapi oleh ‘tuanku’
itu?
(2
markah)
b)
Siapakah ‘tuanku’ dan apakah sebab
‘tuanku’ ditimpa penyakit
berkenaan?
(2 markah)
4.
Merdeka
merdeka
merdekalah
bahasaku
daripada
retak-retak petamu.
(Dipetik
daripada sajak ‘Merdekalah Bahasaku’)
a)
Berikan satu contoh gaya bahasa
anafora.
(2 markah)
b)
Nyatakan nada sajak di
atas.
(2 markah)
5.
RATNASARI : Saya Ratnasari..
RAJA
MOLEK : Hmmm...cantik nama, macam
orangnya juga. Kau dah kahwin?
RATNASARI : Saya
isteri Gulam Russel, orang yang Engku katakan cuba bawa angin pembangunan
tu!
RAJA
MOLEK : Oooo..habis laki kau pergi Singapura buat apa?
RATNASARI : Jumpa kawan-kawan!
RAJA
MOLEK : Siapa?
RATNASARI : Pakar
dalam berbagai-bagai bidang, town and city planners, cultural expert..pakar
budaya!
(Dipetik daripada
drama Muzikal Kampung Baru, hal 185)
a) Jelaskan
tujuan Ratnasari berjumpa dengan Raja Molek.
(2 markah)
b) Berikan pemikiran drama di atas. (2 markah)
6. KEBAYAN: Syukur
alhamdulillah, walaupun tempat ini sampah, busuk, jijik dan memualkan, kita
boleh hidup dengan aman dan selesa, tidak seperti bonda kamu.
PUTERI : Kenapa
dengan bonda saya, nek?
KEBAYAN: Mereka menganggap bonda kamu
jijik, sampah, busuk dan memualkan.
(Dipetik daripada drama Dongeng Sang Puteri, hal 270)
a)
Nyatakan satu nilai murni dalam petikan drama di atas. (2 markah)
b)
Huraikan satu latar masyarakat dalam petikan drama di atas. (2 markah)
7. “Betul kamu berdua
tak nampak?”
“Atuk
ni kacaulah!” Atom merungut.
Kurang
ajar! Aduh, inikah manusia bikinan alaf ini? Tidak menghormati orang tua,
hatta datuk sendiri? Mengenepikan
susila hanya kerana sihir dan pesona permainan komputer?
(Dipetik daripada cerpen Tagung,
halaman 102)
Huraikan dua
teknik plot yang digunakan dalam petikan
cerpen di atas. (4 markah)
8. Rambutnya keriting
halus, dia berdahi jendul dan berkulit gelap. Berbadan sasa, dadanya bidang, otot-otot
lengannya megah menimbul. Ciri-ciri fizikal itu cukup untuk menzahirkan begitu
jugalah kesasaan azam lelaki ini. Tegasnya sukar dilibas.
(Dipetik daripada cerpen Cikgu
Apek, halaman 132)
a)
Berikan teknik penceritaan yang digunakan dalam petikan cerpen di
atas.
(2 markah)
b)
Berikan
satu contoh gaya bahasa
dalam petikan di atas. (2 markah)
9. “Seperti emak, saya juga
sanggup bertanggungjawab atas segala-galanya. Saya minta Khusyairi beritahu
saya bentuk bantuan yang diperlukan setakat ini. Selagi saya terdaya, saya
akan beri
bantuan.
(Dipetik daripada novel Jeriji Kasih, halaman
170)
a)
Siapakah yang menuturkan dialog di
atas?
(2 markah)
b)
Apakah bentuk bantuan yang ditawarkan kepada Khusyairi oleh penutur di atas?
(2 markah)
10. “Jalil, aku tumpang
bangga dengan semangat engkau. Susah nak jumpa orang macam kau ni. Eloklah, kalau semua sudah cukup,
baliklah tuntut kembali hak yang tergadai itu,” nasihat Joe.
(Dipetik
daripada novel Dari Lembah ke Puncak, halaman 215)
Nyatakan empat tindakan Jalil sebelum pulang
menuntut kembali haknya yang tergadai itu. (4 markah)
Bahagian
Dua
[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, satu
soalan daripada Bahagian
B dan satu soalan daripada Bahagian C.
Bahagian
A
(Puisi
Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan
1 atau Soalan 2
1.
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran;
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
Rumah runtuh awak menumpang.
a) Huraikan dua persoalan dalam puisi di
atas.
(4 markah)
b) Berikan empat perbuatan negatif yang
dilakukan oleh Pak Kaduk. (8 markah)
c) Ciptakan empat rangkap gurindam bertemakan nilai murni.
(8 markah)
2. Berdasarkan
Hikayat Caya Langkara, huraikan :-
a) Tiga kejahatan yang dilakukan oleh
Muqaddam dan Muqaddim terhadap Caya Langkara. (6 markah)
b) Empat kejayaan Caya Langkara.
(8 markah)
c) Tiga pengajaran yang terdapat dalam
hikayat tersebut.
(6 markah)
Bahagian
B
(Puisi
Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan
3 atau Soalan 4
3. SKETSA KERINDUAN
Shukri
Abdullah
Bonda
Masih lagi aku di sini
Tersesat di tengah-tengah
kesibukan
Rusuh angin saling bertolakan
Menghantar rinduku ke desa
kelahiran.
Terpaksa aku bertahan, bonda
Untuk rezeki yang bakal
Menyalakan jamung hidup kita
Biarpun kusedar segalanya masih
Tidak mampu melunasi piutang
budimu.
Percayalah bonda
Masih terpateri di mindaku
Kokok pertama ayam jantan
Di tunggul ketapang
Pohonnya dulu tempat aku
menggantung buaian
Kicau burung pagi persis pesta
pora
Menyambut pawai merdeka di ibu
kota
Masihkah permatang di hujung
bendang
Mengalirkan dinginnya ke teratak
kita?
Bonda, sering kali sketsa ini
membuai tidurku
Di ranjang resah dikepung
belantara batu.
a) Jelaskan empat gaya bahasa berserta
contoh. (8
markah)
b) Nyatakan dua kerinduan penyajak yang
terkandung dalam sajak di atas.
(4 markah)
c) Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan kasih
sayang. (8 markah)
JURAGAN KILAT BERSIUNG :
Oh, ini rupanya budak muda yang bernama Hang Tuah itu! Kau tahu, kau sudah
mulai dikenal oleh orang-orang ahli pelayaran macam aku...
HANG JEBAT : (mencelah)
Perompak dan lanun.
JURAGAN KILAT BERSIUNG : Kau
diam! Nanti kusumbat mulut kau dengan bara api. (memandang balik
kepada Hang Tuah) Apa tujuan kau selalu bermain di laut ini?
HANG TUAH : Ini laut negeri
kami, tempat permainan kami.
4. Berdasarkan petikan
drama Lima Perwira karya Kala Dewata di atas :-
a) Huraikan tiga perwatakan Hang
Tuah.
(6 markah)
b) Nyatakan tiga latar masyarakat yang dapat
diperhatikan dalam drama ini.
(6 markah)
c) Huraikan empat pengajaran yang terdapat
dalam drama. (8 markah)
Bahagian
C
(Cerpen
dan Novel)
Jawab sama ada Soalan
5 atau Soalan 6
5. “Kau pejuang
berjiwa tanah air, Seman,” Seremaia Vakarusa menyapu peluhnya. “Pahlawan Melayu
sebenarnya berani.”
“Bukan
aku seorang yang berani. Kau juga berani,” Sarjan Seman tersenyum kecil sambil memetik
tali gambus. Sesekali dia melambungkan pandangannya jauh ke kaki bukit di
daerah Bahau. Kecekapannya bermain gambus akhirnya dia digelar Sarjan Gambus.
(Dipetik daripada cerpen Rindu Tanah
Malaya, halaman 132)
a) Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam
petikan cerpen di atas. (6 markah)
b) Huraikan tiga gambaran masyarakat yang
terdapat dalam cerpen tersebut. (6 markah)
c) Bincangkan plot cerpen Rindu Tanah Malaya.
(8
markah)
6.
Berdasarkan novel Lembah ke Puncak karya Ghazali
Lateh,
a) Huraikan lima bukti kejayaan watak utama
dalam mengharungi cabaran dalam kehidupannya. (10 markah)
b) Berikan lima unsur kebudayaan Melayu tradisi
yang digambarkan dalam novel tersebut. (10 markah)
SOALAN TAMAT
No comments:
Post a Comment