Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua
soalan
1. Aduhai
malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung
tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran;
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada
isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak
makan,
Masa belayar kematian
angin,
Sauh dilabuh bayu
berpuput,
Ada rumah bertandang
duduk,
Rumah runtuh awak
menumpang.
(Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
a) Nyatakan
jenis puisi di atas. [1
markah]
b) Nyatakan
tiga gaya bahasa yang terdapat di
dalam puisi. [3 markah]
2.
Maka
keluarlah Tuan Puteri Ratna Sari serta diiringkan oleh menteri hulubalang
rakyat sekalian. Maka naiklah tuan puteri ke atas kuda hitam berpelana emas
dikarang berbagai-bagai itu. Maka berjalanlah tuan puteri keluar kota serta
diiringkan semua rakyat serta tempik soraknya terlalu ramai. Maka tuan puteri
pun berhadap dengan Raja Paksi Dewa.
(Dipetik daripada Hikayat
Cendawan Putih)
a) Apakah
nama negeri yang diperintah oleh Raja Paksi Dewa? [2 markah]
b) Mengapakah Tuan Puteri Ratna Sari berhadap
dengan Raja Paksi Dewa? [2 markah]
3.
Maka
titah baginda, “Wah, anakku mengapatah anakku berkata yang demikian kerana yang
salah itu ayahanda juga ini melainkan ayahanda minta ampun banyak-banyak kepada
anakku kerana aku juga yang berbuat aniaya kepada anakku…
(Dipetik daripada Hikayat Indera Nata)
a) Siapakah
‘baginda’ dan ‘anakku’ dalam petikan di atas? [2
markah]
b)
Apakah perkara yang telah dilakukan oleh ‘baginda’ sehingga perbuatannya
dianggap menganiaya anakandanya
sendiri.
[2
markah]
4.
Kalau Kita Menjadi Kayu
(Abdul Rahim Idris)
Kalau
kita menjadi kayu
Biarlah
jadi gaharu atau cendana
Wangi
dan bernilai tinggi
Atau
paling tidak
Jika
terpaksa, cukuplah jadi kayu api
Asal
punya harga diri.
Tetapi,
jika mahu jadi kayu
Majal,
keras dan padu
Seperti
cengal, keruing atau meranti
Itu
juga pilihanmu
Cuma,
jangan pula nanti
Sampai
sanggup jadi hulu
Yang
rela diperkuda kapak
Hingga
tergamak menetak
Kaum
sendiri.
a) Nyatakan
dua gaya bahasa yang terdapat di
dalam puisi di atas. (2 markah)
b) Nyatakan
rima bagi kedua-dua rangkap sajak ini. (2
markah)
5.
Berdasarkan drama Bendahara Tepok,
karya Shaharom Husain;
a) Nyatakan perwatakan Bendahara
Tepok. [2 markah]
b) Siapakah pemerintah Kerajaan
Melaka ketika itu. [2
markah]
6.
ROSEMERA: Begitulah ceritanya. Maka
Kampung Baru kampung Melayu ini terus memburuk dan melayu. Janji akan lebih
baru rupanya tambah bercelaru. Impian untuk maju jadi makin terharu. Harapan
untuk jadi lebih tentu mula jadi buntu. Komuniti tikus tambah membiak dan
semakin sihat, segar dan semakin membesar.
(Dipetik
daripada Drama Muzikal Kampung Baru,
karya Hatta
Azad Khan)
a) Nyatakan
masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baru. [2 markah]
b) Nyatakan
perwatakan Rosemera berdasarkan petikan drama di atas. [2 markah]
7.
Tadi, dalam remang-remang pagi
muda, cepat-cepat dia mengatur langkah. Hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir
kota itu menjadi destinasinya. Ketika itu sekujur badannya berasa seram sejuk.
Seriau. Seluruh bulu romanya meremang. Jantung hatinya kencang berdegup
dijentik debaran cemas dan takut yang berterusan.
(Dipetik
daripada Cerpen Seekor Manusia Seorang
Binatang,
karya Muhammad Isa al-Jambuli)
a) Siapakah
‘dia’ di dalam petikan? [1
markah]
b)
Apakah tujuan ‘dia’ ke Hutan Lembah Dara Terbelah? [1 markah]
c)
Nyatakan tema bagi cerpen ini. [2
markah]
8. Watak utama memainkan peranan penting
untuk menggerakkan sesuatu cerita.
Nyatakan watak utama dan perwatakan dalam cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi.
[ 4 markah]
9.
Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan berdasarkan petikan.
Syed
Mustafa memandang Nek Siah. “Ada lagikah sekarang?” Tanyanya. “Tak ada lagi
dah. Hutan dah dibuka untuk pembangunan. Banyak pokok sudah ditebang. Kalau ada
pun, siapa hendak mengusahakannya. Banyak lagi makanan lain yang lebih
dipandang orang.”
“Sayang,”
balas Syed Mustafa, menggeleng-geleng perlahan. Wajahnya kesal.
Dipetik daripada novel Jeriji Kasih
karya Ramlah Abd Rashid
a) Apakah hubungan antara Nek Siah
dengan Syed Mustafa? [ 2 markah]
b) Apakah teknik penceritaan yang digunakan
dalam petikan novel di atas?
[ 2 markah]
10.
Di surau itu dahulu diadakan majlis bubur asyura setiap tahun ketika tiba awal Muharam. Setiap penduduk kampung akan datang memeriahkan majlis itu secara bergotong-royong. Ada yang membawa tepung, gula, kayu api, dan bermacam-macam lagi. Semuanya tidak perlu dibeli.
a. Berdasarkan petikan novel Dari Lembah Ke Puncak, karya Ghazali Lateh;
Apakah nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat dalam petikan di atas?
[2markah]
b. Berikan dua unsur Islam dalam petikan di atas. [2 markah]
Bahagian Dua
[ 60 markah ]
Bahagian A
( Puisi Tradisional dan Prosa
Klasik )
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1. Baca puisi
di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya.
Syair Si Burung Nuri Satu
Gilang-gemilang
cahaya mukanya,
Lemah
lembut barang katanya,
Sekalian
burung dalam hukumnya,
Tunduk
hormat pada sekalinya.
Dilihat
manikam kedua matanya,
Seperti
jamrut konon bulunya,
Laksana
mutiara akan kukunya,
Pusparagam
warna jarinya.
Adalah
khabar suatu cerita,
Nuri
melangkah ke atas takhta,
Kepada
Punai, Nuri berkata,
Tiadalah
sedap rasa anggota.
Nuri
berangkat lalu beradu,
Ditunggui
oleh Burung Beladu,
Mimpi
bersunting Cempaka Dadu,
Ia
terkejut hatinya rindu.
Bangunlah
tiada berkata-kata,
Tidur
mashghul di dalam cita,
Sangatlah
letih rasanya anggota,
Fikirkan
mimpi tiada berita.
(Dipetik
daripada Seuntai Kata Secebis Harapan)
a) Huraikan
maksud keseluruhan rangkap syair di atas. [10
markah]
b) Huraikan
lima gaya bahasa yang terkandung di
dalam syair di atas berserta contoh.
[10 markah]
2. Berdasarkan
Prosa Tradisional Hikayat Nakhoda Muda;
a) Huraikan
perwatakan Maharaja Johan Syah berserta contoh [12
markah]
b) Nyatakan
unsur-unsur didaktik yang terkandung di dalam Hikayat tersebut.
[8
markah ]
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4.
3. Baca sajak di bawah dan
jawab soalan-soalan berikutnya.
Pulang (karya Adi Badiozaman Tuah)
Semalam kita dipertemu
Kurasa debar sejenak
Kita jalin persahabatan
Setia anak watan
Menguntum senyum
Berbunga tawa
Semusim kukembara
Sesaat teringat pertemuan di hujung
musim
Seakan matamu berkata
Rerambut hitammu berbisik
Hatimu menyanyi:
Kawan
Terbanglah bersama beburung di gunung
Menarilah bersama
Riak ombak di laut
Kini aku mengerti
Padi menguning melambai pulang
Air kali berkocak rindu
Seruling senja sayu berlagu:
Pulang anak kembara pulang
Pulang pulang anak kembara pulang
Dik
Kukalung bintang kejora
Seketul mutiara
Segulung kertas bertinta emas
Buat dirimu dilamun rindu
(Dipetik
daripada Madu Ilmu)
a) Huraikan bentuk sajak tersebut berserta contoh. [10 markah]
b) Jelaskan lima gaya bahasa
berserta contoh berdasarkan sajak tersebut.
[10
markah]
4.
Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad Ismail;
a) Nyatakan
enam latar masyarakat yang tergambar
di dalam drama tersebut.
[12 markah]
b) Huraikan
nilai-nilai murni yang dapat diambil daripada drama ini.
[8 markah]
Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan
5 atau
Soalan
6.
5.
Berdasarkan cerpen Gelungnya Terpokah karya Shahnon Ahmad;
a) Berikan
tiga contoh peristiwa yang
mencetuskan konflik dalaman antara Jusoh dan Berahim sehingga menyebabkan
kedua-duanya saling bermusuhan.
[6
markah]
b) Nyatakan
lima citra masyarakat yang tergambar
dalam cerpen ini. [10 markah]
c) Apakah
yang terjadi kepada Jusoh di akhir cerita ini? [4
markah]
6.
Berdasarkan Novel Jeriji Kasih karya
Ramlah Abdul Rashid, dan Novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh, jawab
soalan-soalan berikut;
a) Huraikan
lima keistimewaan watak utama dalam
Novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abdul Rashid.
[10 markah]
b) Huraikan
lima pengajaran yang terkandung di
dalam Novel Dari Lembah Ke Puncak, karya Ghazali Lateh.
[10 markah]
KERTAS SOALAN
TAMAT
Terima Kasih atas perkongsian. saya juga seorang guru sastera melayu. Semoga Allah memberkati saudara
ReplyDeleteSemoga Allah s.w.t memakbulkan doa saudara. Saya mendoakan tuan yang mulia juga mendapat keberkatan kerana sastera juga mampu menjadi medium mendidik masyarakat seperti yang dilaksanakan oleh sahabat Rasulullah s.a.w yang menggunakan syair bagi menangkis fitnah dan tohmahan musuh Allah. Kalau tuan sudi kita boleh berkongsi ilmu
DeleteTerima kasih sekalung budi. Perkongsianmu sangat dihargai. Semoga Allah merahmatimu sekeluarga di sini dan di mana-mana. Amin....
ReplyDelete