SULIT
2215
Kesusasteraan
Melayu
September
2011
2 ½
jam
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
KESUSASTERAAN MELAYU
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mempunyai dua
bahagian; Bahagian
Satu dan Bahagian Dua.
2. Jawab semua soalan Bahagian
Satu.
3. Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu
satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan
Bahagian C.
4. Jawaban hendaklah ditulis dalam
kertas jawaban yang disediakan.
5. Pertimbangan markah berdasarkah
isi dan penyampaian.
6. Jawaban hendaklah berdasarkan
Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Kesusasteraan Melayu dan buku-buku teks yang
telah ditetapkan.
7. Jawaban boleh ditulis dalam
tulisan Rumi atau Jawi.
Bahagian
|
No.
Soalan
|
Markah
Penuh
|
Markah
diperoleh
|
|
Bahagian
Satu
|
1
|
4
|
||
2
|
4
|
|||
3
|
4
|
|||
4
|
4
|
|||
5
|
4
|
|||
6
|
4
|
|||
7
|
4
|
|||
8
|
4
|
|||
9
|
4
|
|||
10
|
4
|
|||
Bahagian
Dua
|
A
|
1
|
20
|
|
2
|
20
|
|||
B
|
3
|
20
|
||
4
|
20
|
|||
C
|
5
|
20
|
||
6
|
20
|
|||
7
|
20
|
|||
JUMLAH
|
100
|
_________________________________________________________________________Kertas
soalan ini mempunyai 7 halaman bercetak
Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan
Inilah
sifar Pak Pandir,
Asalkan
kaya itulah bergaya,
Asalkan
berkilat itulah intan,
Asalkan
buntat pasti bertuah,
Asalkan
berbungkal itulah emas,
Sifat
mudah percaya,
Tiada
sedar terpedaya,
Susah
buatan sendiri,
Akhirnya
menyesal diri sendiri.
(Dipetik
daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)
a) Nyatakan jenis puisi di
atas.
(1 markah)
b) Berikan tiga gaya bahasa
puisi di atas.
(3 markah)
2. Maka jatuh
kerunsinganlah Tuanku Puteri Sa’dung itu. Maka dengan sebab itu,
maka tuan puteri pun suruh
Sultan Abdullah bawa beralih akan isteri yang baru itu
kerana mahligai itu ia punya, maka
Sultan Abdullah beri orang lain duduk, kerana
ia hendak duduk mahligai itu.
(Dipetik
daripada Hikayat Seri Kelantan)
Jelaskan dua perkara yang menyebabkan Puteri Sa’dung berasa
runsing.
(4 markah)
3. Maka kata tuan puteri, “Landak ini pun pandai berpantun
sekali rupanya. Kitalah
yang
disindirnya.” Maka kata Raden Kesuma Ningrat, “Hai adinda, sedangkan binatang
lagi
pandai menyindir kita.” Maka tuan puteri pun tersenyum.
(Dipetik
daripada Hikayat Cendawan Putih)
Berikan empat watak binatang dan peranan masing-masing dalam
cerita di atas. (4 markah)
4.
Masih menguntumkah
bunga damai
sekiranya
dunia
masih
berperang
kejahilan
masih berleluasa
sebaris
kejam
mengimami
rumah mesra
merayap mesiu
dan mortar
menyusup telinga
meratah
rakus jiwa manusia?
Berikan dua gaya bahasa yang digunakan dalam puisi di atas
berserta contoh. (4 markah)
5. RAJA SULAIMAN
: Syukur, cucunda
tuanku.....cucunda luka? (Memandang pakaian
SULTAN AHMAD yang penuh berpalit darah)
SULTAN AHMAD
: Tidak luka, nenda
Tengku! Ini darah musuh-musuh yang dapat
cucunda hapuskan. Alang-alang mandi biar basah. Mari lekas
kita semua berundur. Feringgi tentu mengejar kita. Nenda tuanku
sama-sama ketuakan hulubalang-hulubalang kita berkubu dan
membuat kota di Bentayan, Kuala Muar. Kita bertahan di sana,
kita belum putus asa.
(Dipetik
daripada drama Bendahara Tepok : Madu Ilmu)
Jelaskan dua perwatakan Sultan
Ahmad.
( 4 markah)
6. SEMUA :
Beradat berbudaya itu mulia
bersopan santun berbudi bahasa itu kaya
tapi jangan sampai lupa harga diri
jangan sampai tergadai harta benda.
(Dipetik daripada drama Muzikal Kampung Baru)
Nyatakan dua
citra masyarakat dalam drama di
atas.
(4 markah)
7. Jusoh melucutkan kainnya dan digantikan
dengan seluar nipis kain payung terjun. Dengan
menggalas cangkulnya dia menerpa ke tanah sawah
bagaikan tiga suku. Anak-anaknya
habis bangun. Masing-masing ternganga.
Dengan mata mereka mengikuti langkah tiga
suku Jusoh. Panjang-panjang langkahnya di
atas permatang.
(Dipetik daripada cerpen Gelungnya Terpokah)
a) Nyatakan peristiwa yang menyebabkan
Jusoh bagaikan ‘tiga
suku’.
(2 markah)
b) Jelaskan tindakan yang dilakukan
selepas peristiwa di
atas.
(2 markah)
8. Hei kawan, engkau ni
dah buang tabiatkah? Rancangan kau ini tak masuk akal, tau! Ini
rancangan orang gila. Kami tak mahu turut serta.
(Dipetik daripada cerpen Melakar Impian)
a) Siapakah yang menuturkan dialog
di atas dan dengan siapakah dialog tersebut dituturkan?
(2 markah)
(2 markah)
b) Jelaskan ‘rancangan’ yang
dimaksudkan dalam cerpen di atas.
(2 markah)
9. “Saya rasa Syed Fariz
ada masalah. Saya sudah cuba berusaha untuk menyingkap
permasalahannya, tetapi dia terlalu berahsia. Saya bimbang.”
(Dipetik
daripada novel Jeriji Kasih)
Huraikan empat masalah yang telah ditimbulkan oleh Syed Fariz seperti
dalam dialog di
atas.
(4 markah)
10. Berdasarkan dialog dalam novel Dari Lembah ke Puncak,
lengkapkan jadual di bawah.
Dialog dalam novel
|
Latar tempat
|
a) “Ya, sayalah Pak Amat, apa
halnya? Awak dari mana?” Soal Pak Amat pula.
|
|
b) “Eh, Pah! Kenapa tak ke sekolah
hari ni? Tanya Jalil pantas.
|
|
c) “Maafkan saya Pak Lang. Saya
tak tergamak tinggalkan pondok buruk ni. Jadi, terpaksalah saya bakar supaya
hati saya tak berbelah bahagi lagi,” Jalil menjelaskan tindakannya
|
|
d) “Latifah bekerjalah di sini.
Abang ada satu perancangan besar dengan kampung kelahiran kita. Kalau Pah
tidak ada bersama-sama abang, Pah tidak akan tahu perancangan itu.”Jalil
mengumpan Latifah untuk berada di bawah satu bumbung dengannya.
|
(4 markah)
[Lihat sebelah
Bahagian Dua
[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja, iaitu satu soalan
daripada Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1. Baca puisi di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PUISI
Akar
keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Ambil galah jolok ramunia,
Kait mari sampai berdiri,
Kita hidup di atas dunia,
Buat baik taburkan budi.
Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan
bertahun-tahun.
a)
Nyatakan jenis puisi di
atas.
( 2 markah)
b)
Jelaskan tiga ciri bentuk puisi di atas.
( 6 markah)
c)
Berikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas.
( 4 markah)
d)
Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih sayang.
( 8 markah)
2. Berdasarkan Hikayat Seri
Kelantan, huraikan :-
a) Jelaskan
lima latar masyarakat dalam cerita
tersebut.
( 10 markah)
b) Berikan dua
sebab Siam menyerang kerajaan Sultan
Abdullah.
( 4 markah)
c) Jelaskan
tiga kelebihan Puteri
Sa’dung.
( 6 markah)
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab
sama ada Soalan 3 atau Soalan 4
3.
MERDEKALAH BAHASAKU
Siti
Zaleha M. Hashim
Merdeka
merdeka
merdekalah
bahasaku
daripada
retak-retak petamu
merdeka
merdekalah
bahasaku
daripada
warnamu hampir kelabu
merdeka
merdekalah
bahasaku
daripada
penjara anak-anakmu
ambil
kembali tanjak
buka
silat tegak bergerak
kembali
ke tempat asal di puncak
kumpul
semula sakti
suara
dan martabat diri
di sana
menanti pentas dunia
dengan
penuh cahaya
merdeka
merdekalah
bahasaku
agar
kembali tumbuh segar
dalam
setiap hati
anak-anak
negara ini.
a) Huraikan nada sajak
ini.
(4 markah)
b) Jelaskan empat gaya bahasa
berserta
contoh.
(8 markah)
c) Nyatakan empat harapan
penyajak terhadap bahasa
kebangsaan.
(8 markah)
4. Berdasarkan drama Dongeng
Sang Puteri karya Wan Ahmad Ismail :-
a) Huraikan dua
persoalan dalam
drama.
(4 markah)
b)
Nyatakan empat
latar masyarakat yang dapat diperhatikan dalam drama
ini. (8 markah)
c) Huraikan empat
nilai murni yang terdapat dalam drama.
( 8 markah)
Bahagian C
(Cerpen dan Novel)
Jawab sama ada Soalan 5, Soalan 6 atau Soalan 7
5. Dia
mendongak ke langit. Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata
tua. Silau dan menyakitkan. Tetapi ada sentuhan kesyukuran. Alhamdulillah! Dia
menyeluk poket baju kusamnya mengeluarkan sapu tangan yang telah lusuh
dan berbau
kemudian mengesat peluh yang membasahi muka tuanya. Selesa. Sapu tangan dilipat
dan
dan dimasukkan kembali.
(Dipetik daripada cerpen Gersang dalam Madu Ilmu : halaman 94)
a) Huraikan lima teknik
plot yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen di atas.(10
markah)
b) Huraikan lima pengajaran
yang terdapat dalam cerpen di atas.
(10 markah)
(10 markah)
6. Berdasarkan
novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd. Rashid:-
a) Jelaskan konflik yang
dihadapi oleh empat watak dalam novel
tersebut. ( 8 markah)
b) Berikan enam
latar tempat dalam novel tersebut dengan mengemukakan
peristiwa yang dapat dikaitkan dengan latar tempat tersebut.
( 12 markah)
7. Berdasarkan
novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh;
a)
Huraikan
lima bukti yang menunjukkan kegigihan
Jalil.
(10 markah)
b)
Huraikan
lima nilai murni ysng terdapat dalam novel
tersebut.
(10 markah)
KERTAS
SOALAN TAMAT
Skema Jawaban Soalan Percubaan Kesusasteraan Melayu
SKEMA PEMARKAHAN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011
KESUSASTERAAN MELAYU (2215)
Bahagian
Satu [40
markah]
No
|
Jawapan
|
Markah
|
1
|
a)
Seloka
Pak Pandir
|
1
|
b) Anafora,
Asalkan kaya
- baris ke 2, 3,4 dan
5
Asalkan berkilat
Asalkan buntat
Responsi, pengulangan tengah baris
Itulah
Itulah
Inversi, menyesal diri
sendiri
|
1
1
1
|
|
2
|
-
Sultan
Abdullah menduduki mahligai kepunyaan Puteri Saadung bersama-sama isteri
barunya.
-
Sultan
Abdullah tidak setia kerana sanggup berkahwin dengan perempuan lain
|
2
2
|
3
|
Landak
– putih dan hitam
Peranannya,
mengawal Tuan Puteri Pelinggam Cahaya
Singa
yang besar -
Peranannya,
membawa Raden Kesuma Ningrat dan Raden Kesuma Wati naik ke atas gunung
Meraksa Dewa.
Merbah
putih,
mengiringi Raden Kesuma Ningrat dan melaporkan perkara yang
berlaku terhadapnya kepada singa dan landak
Merpati
putih – bersarang di telinga naga
Peranannya, menyimpan telur yang digunakan untuk mengubati penyakit
Raja Indera Kemala
|
1
1
1
1
|
4
|
Metafora
–
bunga damai
Personafikasi
–
merayap mesiu
Hiperbola/
personafikasi
- Meratah rakus
jiwa manusia
|
2
2
2
|
5
|
-
Berani
- berjaya menghapuskan musuh
-
Tidak
mudah berputus asa – Tetap bertahan daripada serangan Feringgi dengan
berundur ke Kuala Muar dan membina kota di sana.
|
2
2
|
6
|
i)
Masyarakat
yang berilmu pengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang.
ii) Masyarakat yang mementingkan keuntungan diri
iii) Masyarakat yang menegakkan kebenaran.
|
2
2
2
|
7
|
a) Gelung petak sawah Jusuh telah
terpongkah
dan disyaki akibat perbuatan Berahim memandangkan petak sawahnya
digenangi air sedangkan petak sawah Jusoh kering kontang.
b) Jusoh ingin membalas dendam
terhadap perbuatan Berahim, dia mengambil lading
Isterinya cuba menghalang dengan mencadangkan agar Jusoh menuang cuka
getah ke atas kerbau Berahim
|
1
1
1
1
|
8
|
a) Lamin
Kepada Rosli
b) Projek
penternakan burung ruak-ruak di kampung mereka
|
1
1
2
|
9
|
-
Ponteng
sekolah
-
Melepak
dengan budak-budak jahat
-
Cubaan
merogol Ruhaiza
-
Memeras
ugut
-
Mengedarkan
ubat batuk
|
1
1
1
1
1
(Mak: 4)
|
10
|
a)
Rumah Pak Amat
b)
simpang jalan untuk ke sekolah
c)
pondok buruk di Kampung Sri Nibung
d)
Wisma Sri Nibung
|
1
1
1
1
|
Bahagian Dua
[60 markah]
No
Soalan
|
Jawapan
|
Markah
|
1
|
a) Pantun Empat Kerat – Budi
b) – mempunyai empat baris
serangkap
Dua baris pembayang, dua baris maksud
Setiap baris mempunyai 4 hingga 5 perkataan
Mempunyai 9 hingga 11 suku kata
Rima akhir abab
Mempunyai 3 rangkap
c) Metafora – junjungan kasih
Repitisi
– saya, baris pertama dan ketiga pada rangkap 3, selasih baris
1 dan 2, pada rangkap 1
d) Pemarkahan secara impresion
|
2
1
1
1
1
1
1
2
2
8
Jum: 20
|
2
|
a)
i.
Masyarakat
feudal – Raja
Abdullah mewakili golongan raja
Manakala Encik Siti mewakili golongan rakyat
ii. Masyarakat yang setia – Puteri Sadung setia kepada
suaminya dan berjanji akan pulang.
iii. Masyarakat yang memiliki kuasa
sakti –
Puteri Sa’dung mampu mengenakan jampi sehingga Raja Siam dijangkiti kayap
iv. Masyarakat penyayang – dayang-dayang berusaha
menghidupkan kembali Puteri Sa’dung berdasarkan wasiat yang ditinggalkan oleh
Puteri Sa’dung
v. Masyarakat zalim – Raja Siam sanggup mengugut
untuk menyerang kerajaan Raja Abdullah jika Puteri Sa’dung tidak diserahkan
kepadanya.
b) Dua
sebab
i. Raja Siam ingin memiliki Puteri Sa’dung yang
terkenal dengan kejelitaannya
ii. Puteri Sa’dung mengghaibkan Kota Jelasin untuk
menyembunyikan negeri,
malangnya dapat diketahui oleh Tuk Ca
c) - Boleh
mengenakan jampi serapah sehingga Raja Siam ditumbuhi kayap
-
Boleh
dihidupkan kembali menggunakan air mawar di dalam jembul
-
Boleh
mengghaibkan Kota Jelasin berserta sekalian isi negeri
|
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
Jum : 20
|
3
|
a)
Patriotik
Rakyat
di negara ini patut mencintai bahasanya sendiri iaitu Bahasa Melayu dan tidak
meminggirkan bahasa ini.
Sedih/
hiba
Kerana
masih ramai anak bangsa yang meminggirkan bahasa Kebangsaan
b)
Anafora – Merdeka
Metafora – penjara anak-anakmu
Sinkof – ku,
mu
Repitisi –
Merdeka pada setiap baris pertama
c)
Harapan – Kita kembali memartabatkan Bahasa Melayu
- Tidak meminggirkan bahasa Melayu
- Rakyat bersatu mendaulatkan bahasa Melayu
- Rakyat berbangga bertutur dalam bahasa Melayu
|
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
Jum : 20
|
4
|
a)
Persoalan Drama (dua sahaja)
i.
Penderitaan hidup akibat peperangan - contoh
ii.
Peranan kerajaan dalam urusan pentadbiran - contoh
iii.Perhubungan
kekeluargaan yang erat - contoh
b.
Latar
Masyarakat (4 sahaja)
i.
Masyarakat
Melayu zaman moden
ii.
Masyarakat
yang mementingkan perbezaan darjat
iii.
Masyarakat
yang berpegang kuat kepada ajaran agama
iv.
Masyarakat
bertanggungjawab
v.
Masyarakat
penyayang
c.
Nilai
Murni (4 sahaja)
i.
Penyayang
ii.
Bertanggungjawab
iii.
Tabah
iv.
Rajin/
gigih
v.
Sanggup
berkorban demi mencapai cita-cita
|
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
Jum: 20
|
5
|
Teknik
Plot
i.
Imbas
kembali – lelaki tua mengimbas kembali ketika dia menjumpai Sumi di
Kawasan sampah
ii.
Monolog
– Lelaki tua menyoal sendirian ketika mengimbau nasibnya, ‘merdeka’ – ms 95
iii.
Dialog
– antara lelaki tua dengan pihak pemaju yang dianggap sebagai
Makhluk asing.
iv.
Saspens – kawasan tempat tinggal lelaki tua dirobohkan oleh Buldozer
iv.
Imbas
muka. Sumi memesan agar dia balik cepat kerana takut. Petanda awal
yang
menunjukkan sesuatu yang buruk berlaku. (ms 99)
Pengajaran
1. Hendaklah bersimpati
dengan mereka yang kurang bernasib baik – contoh
2. Janganlah melakukan sesuatu
mengikut hawa nafsu sahaja - contoh
3. Janganlah bertindak kejam
dengan membuang bayi yang baru lahir – contoh
4. Hendaklah bertanggungjawab
terhadap sesama makhluk – contoh
5. Kita hendaklah berusaha sedaya
upaya mencari rezeki yang halal - contoh
|
2
2
2
2
2
2
2
2
2
2
Jum: 20
|
6
|
a.
Konflik
Anuariza – Syarifah Farisha ingin menaruh hati kepadanya sedangkan emaknya
sendiri dilamar oleh Syed Muzafar iaitu ayah Syarifah Farisha
Konflik Soleha – Nek Siah ingin menjadikan dia sebagai menantu
Konflik Syed Fariz – enggan menerima kematian ibunya dan terpaksa tinggal di
kampung
Konflik Syed Mustafa – anaknya liar sedangkan dia sibuk dengan kerjanya
b.
Rumah
Syed Mustafa – kenduri doa selamat
Bilik
Disiplin – Nek Siah berjumpa guru disiplin
Rumah
Soleha – Anuariza dibesarkan dengan kasih sayang oleh Soleha
Rumah
Haji Lokman – Anuariza berjumpa Syarifah Farisha yang lari dari rumah
Hutan –
Anuariza mencari buah kabung dan menjerat burung ruak-ruak
Taman
Fantasi – Anuariza menanam anggur
Pejabat
Kadi Daerah – Solehah berkahwin dengan Syed
Mustafa
|
2
2
2
2
2
2
(Mak: 8)
2
2
2
2
2
2
2
2
(Mak: 12)
|
7
|
a) Berusaha mengambil peperiksaan
walaupun serba kekurangan
Berusaha
mengerjakan sawah padi dengan bantuan kerbau
Berusaha
mendapatkan kembali tanah yang dijual oleh ibunya
Menjual
lukisan sambil belajar untuk mendapatkan wang
Memajukan
Wisma Seri Nibung sebagai Pusat Pelancongan Desa
b) Kegigihan – Jalil gigih
mengusahakan sawah sendirian
Tolong-menolong
– Latifah menolong Jalil merawat luka
Bersemangat
tinggi – Jalil meneruskan pelajaran untuk mengubah nasibnya
Tidak
mudah lupa diri – kembali ke kampung dan berbakti kepada masyarakat
Kerajinan-
Jalil rajin belajar sehingga cemerlang dalam STPM
Pengorbanan
– Jalil berkorban masa dan tenaga demi masa depannya
|
2
2
2
2
2
(Mak: 10)
|
Disediakan
oleh : Pn. Noraini Mohd Yasin
SMK
Cheras Jaya
No comments:
Post a Comment