Wednesday, 4 September 2013

PERCUBAAN KESUSASTERAAN MELAYU SPM 2013 SMK LUTONG MIRI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN



Bahagian Satu

[40 markah]

jawab semua soalan.

1.

Makan senduduk berduri-duri,                                      Buah pedada mainan Cina,
         Batang maja tumbuh di kolam;                                         Helang menari atas para;
Tinggallah duduk peliharakan diri,                                 Supaya kakanda selamat sempurna,
         Doakan sahaja siang dan malam.                                  Pulang kembali ke Syambi Pura


Batang maja tumbuh di kolam,
         Buah pedada mainan Cina;
Doakan sahaja siang dan malam,
         Supaya kakanda selamat sempurna.             
        
                                      (Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih dalam antologi Seuntai   kasih Secebis Harapan)

         Berikan dua ciri pantun berkait yang terdapat dalam petikan di atas.              [4 markah]

2.

“Beta ini disuruh oleh permasuri menyambut tuan puteri pergi ke sana kerana Raja Peri pun sudah datang hendak mengahwinkan tuan puteri pada bulan ini juga.”
                                                                     (Dipetik daripada Hikayat Putera Jayapati)

      a) Siapakah yang membahasakan dirinya “beta” dalam petikan dialog di atas?
                                                                                                                                    [2 markah]
      b) Apakah reaksi tuan puteri selepas menerima perkhabaran di atas?                  [2 markah]


3.
Maka Sultan Abdullah tidak peduli seperti kehendak Tuan Puteri Sa’dung itu. Maka Maka berkelahilah keduanya itu. Maka Sultan Abdullah pun naiklah kemarahan yang amat sangat kepada Tuan Puteri Sa’dung itu serta diambil pedang lalu dipancung, kenalah leher Tuan Puteri Sa’dung itu.                                                              
                                                                                        (Dipetik daripada Hikayat Seri Kelantan)


   Nyatakan dua perwatakan Sultan Abdullah berserta contoh.                                 [4 markah]






4.
Nelayan dan petani
masih riuh di gubuk using
berbicara tentang musim kemiskinan
membungkus kota hidup
ruang rezeki semakin sempit.
Nelayan dan petani
usah kautanam benih keresahan
jika mentari tidak seceria kelmarin

                 (Dipetik daripada sajak Musim Itu karya Dijeh ak Mancha)

   Nyatakan dua gaya bahasa berserta contoh.                                                           [4 markah]


5.
KHOJA AHMAD :Tidak, ayah. Sabar dulu, ayah. Bersatu dulu, kuatkan pertahanan kita dulu.

BENDAHARA     :Tidak ... kita mesti berjihad ... perang kerana watan, bangsa dan agama. Masjid, madrasah dan makam-makam dibinasakan, kita dihina.

(Dipetik daripada drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain)

Berdasarkan petikan di atas:

a) Berikan satu unsur Islam berserta contoh.                                                       [ 2 markah]

b) Berikan satu perwatakan Khoja Ahmad berserta contoh.                               [2 markah]


6.
ROSEMERA: Begitulah ceritanya. Maka Kampung Baru kampung Melayu ini terus memburuk dan melayu. Janji akan lebih baru rupanya tambah bercelaru. Impian untuk maju jadi makin terharu. Harapan untuk jadi lebih tentu mula jadi buntu. Komuniti tikus tambah membiak dan semakin sihat, segar dan semakin membesar.

(Dipetik daripada Drama Muzikal Kampung Baru, karya Hatta Azad Khan)

a)      Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Baru.   [2 markah]

b)      Nyatakan perwatakan Rosemera berdasarkan petikan drama di atas.             [2 markah]











7. 
Biarlah hujan ribut, dia ingin bersama-sama kerbaunya di lembah ini. Lembah Bilut akan dipertahankan walaupun apa yang terjadi. Mat Seman tidak pernah meminta apa-apa bantuan daripada orang. Daripada wang sagu hati dia putus kaki, dia membina kandang baru yang ada atap untuk kerbau-kerbaunya, dia membeli mesin penyodok untuk menolak tahi-tahi kerbaunya ke tepi setiap pagi. 

                          (Dipetik daripada cerpen Anak Gembala, karya Zahari Affandi)

a) Berdasarkan petikan, berikan 2 perwatakan Mat Seman.                                  [2 markah]

b) Nyatakan pengajaran yanag terdapat dalam petikan.                                        [2 markah]

8.
“Kau punya cita-cita, Rini? Tanyaku sekadar mengalih tajuk perbualan.
“Ya. Aku ingin sekali menjadi doktor. Jika tercapai cita-cita itu nanti, tahulah aku untuk mengubah nasib bangsaku. Cuma kadang-kadang aku terasa, dalam hidup seperti ini, mampukah itu dinamakan cita-cita atau hanya tinggal angan-angan sahaja?”
Ada segarit senyuman tawar di sudut bibir gadis itu.
                       
     (Dipetik daripada cerpen Di Bawah Langit Takut-takut, karya Amalia Fauza Bohari)
    
     Berikan dua teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas.                  [4 markah]

9.
“Emak sebenarnya ada masalah berat dan tak tahu dengan siapa emak nak berkongsi.” Di situ dia noktahkan ayatnya.
                   
                       (Dipetik daripada novel Jeriji Kasih, karya Ramlah Abd Rashid)

a) Siapakah Emak dalam petikan di atas dan dialog itu ditujukan kepada siapa?
                                                                                                                               [2 markah]
                  
b) Apakah masalah berat yang dihadapi oleh emak dalam petikan di atas?         [2 markah]

10.
Semuanya sudah terjawab. Taman Tema Nibung Park menjadi sebuah manifestasi perjuangan yang sangat panjang. Jalil kini berada di puncak kejayaannya. Seluruh hidupnya yang lalu hanya ditumpukan kepada satu matlamat. Kini, apa yang dicapainya melebihi sasaran awal.
                   
            (Dipetik daripada novel Dari Lembah ke Puncak, karya Ghazali Lateh)

     Berdasarkan petikan di atas:
    
     a) Apakah matlamat sasaran awal Jalil?                                                                 [2 markah]

     b) Nyatakan kejayaan lain yang dicapai oleh Jalil.                                     [2 markah]





Bahagian Dua
[60 markah]

Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)

Jawab sama ada soalan 1 atau soalan 2.

1. Baca Gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan

Kami tidak mahu keadaan begini,
azab sengsara di abad ini.

Kami kehausan kami kelaparan,
di medan perang mayat berkaparan.

Mengapalah perang terus meletus,
suara kedamaian sering diutus.

Memohon kasih mengharap sayang,
aman bahagia sukar ditayang.

Hulurlah bantuan berilah harapan,
demi kebahagiaan masa hadapan.

Kasihan kanak-kanak menjadi mangsa,
susah derita hidup terseksa.

Seuntai kasih secebis harapan,
berhati bersih berbudi bersopan.

Kepada para pemimpin yang berkuasa,
pastikan penghuni alam aman sentosa.


a) Huraikan maksud rangkap pertama dan rangkap kedua gurindam di atas.      [4 markah]

b) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam di atas.                           [8 markah]

b) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.                          [8 markah]


2. Berdasarkan Hikayat Cendawan Putih:

a) Jelaskan dua ciri yang menunjukkan hikayat ini mewakili sastera panji.               [8 markah]

b) Huraikan tiga nilai yang terdapat dalam hikayat ini.                                            [12 markah]




Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada soalan 3 atau soalan 4.

3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tangisan Langit Tatkala Sengsara Sungai

Tatkala kulihat langit itu
menangisi nasib sungai
seakan tidak mampu
segala tangan dan mata yang ada
semuanya sekadar menunjuk dan menatap
kesengsaraan sungai
tangan-tangan kotor dan jalang
teramat menghinamu – sungai tercinta.

Apakah tiada lagi hati dan budi
kerana kau meletakkan perasaan
seorang manusia
jauh-jauh di belakang sana
di sebalik tabir cinta material
tetapi kau lupa bahawa sungai itulah
yang membesarkan anak-anakmu
hingga dewasa dan mewah.

aku bukanlah pemilik kuasa
yang mampu bersuara serigala
namun hanya seorang pemilik rasa
yang tak pernah tertidur dalam ketenteraman
di tebing sungai yang jernih.

Sungai tidak pernah berdosa
kerana kejadiaannya sarat hikmah
yang terselindung di sebalik
kerakusanmu itu.

IHSAN NORZALI


a) Huraikan tema sajak di atas.                                                                                   [4 markah]

b) Berikan empat ciri bentuk sajak di atas.                                                                [8 markah]

c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan cinta akan tanah air.
    Panjangnya sajak tersebut antara 12 – 15 baris.                                                      [8 markah]






4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad Ismail:

a) Huraikan pemikiran drama tersebut.                                                                       [4 markah]

b) Jelaskan dua bukti yang menunjukkan drama ini merupakan drama berunsur realisme.
                                                                                                                                    [8 markah]

c) Huraikan dua perwatakan Puteri Lelawati Ayu iaitu watak utama dalam drama ini.
                                                                                                                                    [8 markah]



Bahagian C
(Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6.

5. Berdasarkan cerpen Sidang Para Dukun dan Sindrom karya Hasan Ali:

a) Terangkan tiga nilai murni yang terdapat dalam cerpen.                                      [12 markah]

b) Jelaskan satu gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah.                       [4 markah]



            “Ramai orang di tempat kami kena sindrom suka perang, macam sudah jadi ketagih. Kalau dengan musuh kami orang Israel, tak mengapa juga, tapi kadang-kadang dengan kawan sendiri, macam jadi hobi,” katanya dengan wajah agak sedih.
            “Heh, dasyat!” Suara seperti melompat dari mulut ke mulut.

c) Jelaskan satu teknik plot yang terdapat dalam petikan di atas.                              [4 markah]



6. Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh:
    
a) Jelaskan tiga nilai murni dalam novel ini.                                                             [12 markah]

b) Jelaskan dua kritikan sosial yang terdapat dalam novel ini.                                  [8 markah]





KERTAS SOALAN TAMAT

2 comments:

  1. kak, apa jawapan untuk soalan hikayat jayapati?

    ReplyDelete
  2. kak, apa jawapan untuk soalan hikayat jayapati?

    ReplyDelete