Lelah
Tetapi Indah
A. Ghani Abdullah
Sangat
melelahkan hidup ini
kerana
sepak terajangnya terlalu keras
kuat pun
berjasa dipandang sepi
amal
bukan untuk dibalas.
Sangat
melelahkan hidup ini
tetapi
bersamamu sangat indah
tidak
terbayar ekspedisi Everest tinggi
tidak
sama kejayaan Appollo ke bulan berkhemah.
Sangat
melelahkan hidup ini
segala
gagalku perindu pendaki
akan
kejayaanku puncak kasihku
aku
terima dengan sederhana dan jujurku
Akan
lelah hidup ini
bukan
bererti akan kematianku
akan
lelah hidup ini
lorong
membolos sunyiku.
Engkau
dengarkan suaraku
jangan menangis sangat bersama-samaku.
(Dipetik daripada Anak Global)
a) Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh. [8 markah]
b) Huraikan satu persoalan yang ingin disampaikan oleh penyajak. [4 markah]
c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan perpaduan. Panjangnya sajak tersebut antara 12 hingga 15 baris. [8 markah ]
SKEMA
(a) Gaya Bahasa
Inversi - Sangat melelahkan hidup ini sepatutnya hidup ini sangat melelahkan
Anafora - tidak terbayar ekspedisi Everest tinggi
(b)
(c) Soalan penciptaan/penghasilan karya puisi moden/sajak
Perpaduan
SKEMA
(a) Gaya Bahasa
Inversi - Sangat melelahkan hidup ini sepatutnya hidup ini sangat melelahkan
Anafora - tidak terbayar ekspedisi Everest tinggi
tidak sama kejayaan Appollo ke bulan berkhemah.
Sinkope- akan kejayaanku puncak kasihku
Asonansi - tetapi bersamamu sangat indah
Sinkope- akan kejayaanku puncak kasihku
Asonansi - tetapi bersamamu sangat indah
(b)
Persoalan
tentang kesabaran seorang manusia apabila menerima ujian dalam kehidupan.
penyajak menyatakan bahawa Allah sentiasa menguji hamba-Nya dengan pelbagai ujian
dan salah satunya adalah masalah kesusahan hidup. contohnya, dalam rangkap 4:
Sangat melelahkan hidup ini
segala gagalku perindu pendaki
akan kejayaanku puncak kasihku
aku terima dengan sederhana dan jujurku
(c) Soalan penciptaan/penghasilan karya puisi moden/sajak
Bina sebuah sajak berdasarkan tema berikut:
•Perpaduan kaum di Malaysia ( 8 markah )
•Pencemaran alam ( 8 markah )
•Kasih sayang dalam keluarga ( 8 markah )
•Semangat satu Malaysia ( 8 markah )
•Cintakan tanah air ( 8 markah )
•Masa hadapan hidupku ( 8 markah )
•Semangat kejiranan ( 8 markah )
•Ketaqwaan kepada Allah ( 8 markah )
Aspek pemarkahan
•Tema/isi…………………………… 2 markah
•Bentuk…………………………….. 2 markah
•Gaya bahasa ……………………. 2 markah
•Kreativiti………………………….. 2 markah
JUMLAH 8 MARKAH
Konsep binaan sajak
•Berdasarkan tema yang diberikan dalam soalan.
•Buat 3 atau 4 rangkap sahaja
•Jumlah baris keseluruhan 15 baris ( jangan kurang dan jangan lebih )
•Jumlah perkataan sebaris di antara 3 – 6
•Guna pelbagai jenis gaya/unsur bahasa
Rangka binaan sajak bertemakan Perpaduan Kaum di Malaysia
Rangkap 1 : 6 baris ( Definisi dan latar )
Rangkap 2 : 5 baris ( Tujuan )
Rangkap 3 : 4 baris ( Kesan )
Contoh sajak bertemakan Perpaduan Kaum di Malaysia
Perpaduan
Melayu, Cina, India di bawah satu bumbung
Sejak dahulu hingga sekarang
Berpegang pada ikatan sosial sebelum merdeka
Di bawah naungan Ratu Barat
Tiga tokoh seia sekata menjunjung visi
Akhirnya maruah terbela.
Menuntut bebas dari cengkaman
Merdeka diri
Memerintah sendiri bumi pertiwi
Untuk membangun bumi tercinta
Duduk sama rendah berdiri sama tinggi.
Membina perpaduan untuk bersatu
Hidup sejahtera membangun negara
Disanjung hormat pelbagai bangsa
Maruah terjaga agama terbela.
Disediakan oleh,
DRS. AB. AZIZ BIN HAJI OMAR
No comments:
Post a Comment