Kami tak mahu keadaan begini,
Azab sengsara di abad ini.
Add caption |
Kami kehausan kami kelaparan,
Di medan perang mayat berkaparan.
Mengapalah perang terus meletus,
Suara kedamaian sering diutus.
Memohon kasih mengharap sayang,
Aman bahagia sukar ditayang.
Hulurkan bantuan berilah harapan,
Demi kebahagian masa hadapan.
Kasihan kanak-kanak menjadi mangsa,
Susah derita hidup terseksa.
Seuntai kasih secebis harapan,
Berhati bersih berbudi sopan.
Kepada para pemimpin yang berkuasa,
Pastikan penghuni alam aman sentosa.
Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki)
Seuntai Kasih Secebis Harapan :
Soalan Ulangkaji
1. Hulurkan bantuan berilah harapan,
Demi kebahagian masa hadapan.
a. Apakah maksud asonansi?
b. Nyatakan contoh asonansi yang terdapat dalam rangkap di atas.
2.
a. Apakah harapan penulis dalam gurindam di atas?
b. Huraikan tiga keindahan bahasa yang terdapat dalam gurindam tersebut?
c. Huraikan lima pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas?
No comments:
Post a Comment