Showing posts with label Latihan Sajak. Show all posts
Showing posts with label Latihan Sajak. Show all posts

Sunday, 29 June 2014

LATIHAN SAJAK LELAH TETAPI INDAH

Lelah Tetapi Indah
A. Ghani Abdullah

Sangat melelahkan hidup ini
kerana sepak terajangnya terlalu keras
kuat pun berjasa dipandang sepi
amal bukan untuk dibalas.

Sangat melelahkan hidup ini
tetapi bersamamu sangat indah
tidak terbayar ekspedisi Everest tinggi
tidak sama kejayaan Appollo ke bulan berkhemah.

Sangat melelahkan hidup ini
segala gagalku perindu pendaki
akan kejayaanku puncak kasihku
aku terima dengan sederhana dan jujurku

Akan lelah hidup ini
bukan bererti akan kematianku
akan lelah hidup ini
lorong membolos sunyiku.

Engkau dengarkan suaraku
jangan menangis sangat bersama-samaku.

            (Dipetik daripada Anak Global)


a) Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh.                                               [8 markah]

b) Huraikan satu persoalan yang ingin disampaikan oleh penyajak.                      [4 markah]

c) Cipta sebuah sajak yang bertemakan perpaduan. Panjangnya sajak tersebut antara 12 hingga 15 baris.                                                                                                                             [8 markah ]




SKEMA

(a) Gaya Bahasa
Inversi - Sangat melelahkan hidup ini sepatutnya hidup ini sangat melelahkan

Anafora - tidak terbayar ekspedisi Everest tinggi
                tidak sama kejayaan Appollo ke bulan berkhemah.

Sinkope- akan kejayaanku puncak kasihku

Asonansi - tetapi bersamamu sangat indah


(b) 
Persoalan tentang kesabaran seorang manusia apabila menerima ujian dalam kehidupan.
penyajak menyatakan bahawa Allah sentiasa menguji hamba-Nya dengan pelbagai ujian dan salah satunya adalah masalah kesusahan hidup. contohnya, dalam rangkap 4:
Sangat melelahkan hidup ini
segala gagalku perindu pendaki
akan kejayaanku puncak kasihku
aku terima dengan sederhana dan jujurku



(c) Soalan penciptaan/penghasilan karya puisi moden/sajak

  Bina sebuah sajak berdasarkan tema berikut: 

Perpaduan kaum di Malaysia ( 8 markah )

Pencemaran alam ( 8 markah )

Kasih sayang dalam keluarga ( 8 markah )

Semangat satu Malaysia ( 8 markah )

Cintakan tanah air ( 8 markah )

Masa hadapan hidupku ( 8 markah )

Semangat kejiranan ( 8 markah )

Ketaqwaan kepada Allah ( 8 markah )
 Aspek pemarkahan
  
Tema/isi…………………………… 2 markah
Bentuk…………………………….. 2 markah
Gaya bahasa ……………………. 2 markah
Kreativiti………………………….. 2 markah
                                    JUMLAH 8 MARKAH

 Konsep binaan sajak

Berdasarkan tema yang diberikan dalam soalan.

Buat 3 atau 4 rangkap sahaja

Jumlah baris keseluruhan 15 baris ( jangan kurang dan jangan lebih )

Jumlah perkataan sebaris di antara 3 – 6

Guna pelbagai jenis gaya/unsur bahasa
 Rangka binaan sajak bertemakan Perpaduan Kaum di Malaysia
Rangkap 1 : 6 baris ( Definisi dan latar )
Rangkap 2 : 5 baris ( Tujuan )
Rangkap 3 : 4 baris ( Kesan )
  
Contoh sajak bertemakan Perpaduan Kaum di Malaysia

Perpaduan

Melayu, Cina, India di bawah satu bumbung

Sejak dahulu hingga sekarang

Berpegang pada ikatan sosial sebelum merdeka

Di bawah naungan Ratu Barat

Tiga tokoh seia sekata menjunjung visi
Akhirnya maruah terbela. 



Menuntut bebas dari cengkaman

Merdeka diri

Memerintah sendiri bumi pertiwi

Untuk membangun bumi tercinta
Duduk sama rendah berdiri sama tinggi.


Membina perpaduan untuk bersatu

Hidup sejahtera membangun negara

Disanjung hormat pelbagai bangsa
Maruah terjaga agama terbela. 

Disediakan oleh,



DRS. AB. AZIZ BIN HAJI OMAR

Saturday, 29 June 2013

Narator Dari Desir Angin


  a)Apakah tema sajak di atas?[2 markah]
 b)Nyatakan maksud petikan sajak di atas.[4 markah]
 c)Jelaskan amanat yang mahu disampaikan oleh penyajak.[4 markah]

Jawapan:

a)sajak ini bertemakan kemasyarakatan sejagat. Segolongan masyarakat kota cuba membantu golongan masyarakat yang selama ini tidak pernah meluahkan perasaan marah, protes dan sentiasa bersikap sabar.Seruan mereka untuk menolong tidak kesampaian. Sekumpulan orang dari kota yang kononnya menjadi pembela masyarakat. Namun yang jelas, tidak ada apa-apapun yang mereka perjuangkan.

b)Kumpulan pencerita diminta kembali semula kepada perjuangan asal, iaitu mengejar pangkat dan darjat dengan majikan masing-masing. Di sini tidak memerlukan sanjungan dengan bunga manggar dan tepuk gendang untuk dirasmikan. Malah, kedatangannya pun tidak perlu dialu-alukan. Hal ini disebabkan masyarakat tidak sanggup lagi mendengar janji demi janji yang diberikan. Mereka hanya mendengar tangisan serta rayuan anak dan isteri. Masyarakat menyuruh kumpulan pembawa cerita ini pergi menyampaikan cerita mereka kepada dunia tentang kekecewaan mereka supaya dapat dijawab bersaksikan burung helang yang liar.

c)Kita hendaklah sentiasa bersabar menghadapi suasana hidup yang semakin mencabar/ sebagai seorang pelajar, kita harus bersifat tolong-menolong untuk membantu golongan yang berada dalam keadaan susah/ Kita mestilah rajin berusaha untuk mengubah kehidupan kita dari susah kepada senang.