Wednesday, 30 November 2011
Glosari Istilah Gaya Bahasa
1. Anafora-pengulangan kata pada awal baris. Contohnya,
Tiap insan mengecap nikmat merdeka,
Tiap saat menghirup segar uadara kebebasan,
2. Epifora-pengulangan perkataan pada akhir baris.
Contohnya, Fajar hilang ditelan sibuk kota,
Tawaku kemarau di dada kota,
3. Responsi-pengulangan kata pada tengah baris. Contohnya,
Kemerdekaan adalah milik kami,
Kebebasan adalah impian semua,
4. Hiperbola- gaya bahasa perbandingan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihan-lebihan.
Contohnya, Darah mengalir menganak sungai, Dia berendam air mata.
5. Hybrid-penggabungan dua patah kata.
Contohnya, menyinarresap, sedihpilu.
6. Inversi-pembalikan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu.
Contohnya,terasa sekali dingin angin.
7. Metafora-gabungan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna asal. Pada kebiasaannya, mengandungi 2 patah perkataan gabungan kata konkrit dan abstrak.
Contohnya, jentera ingatan, gunung harapan,fajar cemerlang.
8. Personifikasi- gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan.
Contohnya, hatiku dimamah sepi, mentari tersenyum riang.
9. Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan menggunakan benda lain sebagai lambang. Contohnya,’merpati’ melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’
10. Simile- gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana. Contohnya, ibuku bagaikan pelita, dia berjalan laju seperti angin
11. Perbandingan terus
Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana.
Contohnya, tanahair adalah ibundaku, guruku mentari bersinar.
12. Sinkof-kata singkatan.
Contohnya, nak, saja, kau, tak, dah.
13. Kata ganda- kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni, daun-daun.
14. Alusi- penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu. Contohnya, Dengan langkah Hang Tuah, dia melonjakkan nama negara.
15. Asonansi – pengulangan bunyi vokal dalam baris. Contohnya, asonansi a, mereka mencipta jaya.
16. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan dalam baris.
Contohnya, aliterasi k, akan kukendong impian keluarga
Tiap insan mengecap nikmat merdeka,
Tiap saat menghirup segar uadara kebebasan,
2. Epifora-pengulangan perkataan pada akhir baris.
Contohnya, Fajar hilang ditelan sibuk kota,
Tawaku kemarau di dada kota,
3. Responsi-pengulangan kata pada tengah baris. Contohnya,
Kemerdekaan adalah milik kami,
Kebebasan adalah impian semua,
4. Hiperbola- gaya bahasa perbandingan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihan-lebihan.
Contohnya, Darah mengalir menganak sungai, Dia berendam air mata.
5. Hybrid-penggabungan dua patah kata.
Contohnya, menyinarresap, sedihpilu.
6. Inversi-pembalikan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu.
Contohnya,terasa sekali dingin angin.
7. Metafora-gabungan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna asal. Pada kebiasaannya, mengandungi 2 patah perkataan gabungan kata konkrit dan abstrak.
Contohnya, jentera ingatan, gunung harapan,fajar cemerlang.
8. Personifikasi- gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan.
Contohnya, hatiku dimamah sepi, mentari tersenyum riang.
9. Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan menggunakan benda lain sebagai lambang. Contohnya,’merpati’ melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’
10. Simile- gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana. Contohnya, ibuku bagaikan pelita, dia berjalan laju seperti angin
11. Perbandingan terus
Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana.
Contohnya, tanahair adalah ibundaku, guruku mentari bersinar.
12. Sinkof-kata singkatan.
Contohnya, nak, saja, kau, tak, dah.
13. Kata ganda- kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni, daun-daun.
14. Alusi- penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu. Contohnya, Dengan langkah Hang Tuah, dia melonjakkan nama negara.
15. Asonansi – pengulangan bunyi vokal dalam baris. Contohnya, asonansi a, mereka mencipta jaya.
16. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan dalam baris.
Contohnya, aliterasi k, akan kukendong impian keluarga
Kupinjam KalamMu Allah s.w.t untuk muhasabah diri
"Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemunkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih." (QS. YUSUF:24)
NOTA DRAMA BENDAHARA TEPOK
Bendahara tepok
Drama Bendahara Tepok mengisahkan tentang semangat dan kepahlawanan Bendahara Melaka ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud iaitu zaman kejatuhan Melaka kepada Portugis. Bendahara Tepok adalah merupakan Bendahara Melaka yang terakhir yang begitu menyanyangi Melaka dan sanggup mati demi mempertahankan kedaulatan Melaka daripada pencerobohan Portugis. Walaupun umur beliau ketika itu telah menjangkau 90 tahun dan lumpuh tetapi beliau berani dan bersemangat menentang Portugis demi membela agama, bangsa dan tanah air yang dicintai.
Walaupun lumpuh beliau masih lagi bersemangat dan meminta hulubalang yang menjaganya Selamat Gajah membawanya ke Melaka dan terus bertahan untuk menentang pencerobohan Portugis di Melaka. Namun begitu, Selamat Gajah terpaksa membawa Bendahara Tepok beundur di Ulu Muar kerana ramai pahlawan dan hulubalang Melaka telah terkorban. Selain itu, Sultan Mahmud, Tun Fatimah pemaisurinya dan hulubalangnya juga terpaksa berundur kerana Portugis sangat kejam dan tidak mampu bertahan lagi. Pada mulanya Sultan Mahmud dan hulubalangnya berhajat untuk membina semula sebuah negeri baru di Pagoh kerana pagoh termasuk didalam daerah Melaka. Namun begitu, Sultan Mahmud dan Hulubalang sekalian pengikut terpaksa berundur ke Pahang kerana kedatangan tentera Portugis untuk mendapat Sultan Mahmud Syah. Namun begitu, pada mulanya Bendahara Tepok tidak mahu berundur dan terus mara menentang tentera Portugis walaupun telah mendapat perintah daripada Sultan Mahmud tetapi setelah dipujuk oleh Selamat Gagah, Hang Nadim dan anaknya Khoja Ahmad agar berundur kerana angkatan Hulubalang Melaka sudah tidak mampu lagi untuk melawan kerana banyak yang tercedera. Akhirnya Bendahara Tepok bersetuju untuk berundur dan meminta seri Nara mengangkat batu besar dan membawa batu tersebut ke lubuk sungai untuk di campakkan untuk membuat pertimbangan iaitu jika batu yang dicampaknya itu timbul mereka akan kembali semula untuk mendapatkan Melaka dan jika tenggelam mereka terpaksa bernegeri di tempat lain.
Kesudahan cerita ini, Kota Bentayan dan kota Pagoh runtuh diserang Portugis. Sultan Mahmud syah dan Pemaisurinya serta pengiring pengiringnya terpaksa berundur ke Pahang, Kampar dan akhirnya, Puteranya baginda membuka negeri di Johor. Manakala angkatan Bendahara Tepok berundur ke sebuah lubuk anak Sungai Muar. Di lubuk itu, Bendahara Tepok telah mencampakkan batu yang dibawanya dan telah ditakdirkan batu itu tenggelam. Sejak itu, tempat tersebut dinamakan Lubuk Batu. Selepas peristiwa itu, Selamat Gagah membawa Bendahara Tepok itu sangat segera. Selepas itu, jajahan itu dinamakan Segera Amat iaitu pada masa kini dikenali sebagai Segamat. Apabila Bendahara Tepok itu meninggal dunia, jenazahnya dimakam di Lubuk Batu. Oleh Sebab itu, Bendahara Tepok juga dikenali sebagai Bendahara Lubuk Batu.
TEMA
Drama Bendahara Tepok bertemakan perjuangan menentang penjajah yang hendak menceroboh Kota Melaka. Perjuangan yang ditunjangi pahlawan Melayu melaka berusaha mempertahankan Kota Melaka yang diserang oleh askar Feringgi. Semangat perjuangan yang tinggi dapat dilihat dari watak-watak dalam drama ini terutamanya watak Bendahara Tepok yang sanggup bermatian untuk mempertahankan Kota Melaka.
Walaupun Bendahara Tepok sudah tua dan mengalami kecacatan fizikal, semangatnya berjuang menentang Feringgi sangat tinggi .
PERSOALAN
Persoalan Perpaduan
Persoalan ini menjadi salah satu sebab Kota Melaka tewas apabila diserang askar Feringgi. Hulubalang Melaka dikatakan tidak bersatu padu sehingga menjadikan itu kelemahan Kota Melaka dan berjaya diceroboh oleh askar Feringgi. Persoalan ini dapat dilihat daripada dialog Seri Nara dalam drama ini.
SERI NARA : Ramai Hulubalang kita terkorban . Askar Feringgi dapat memanjat naik di jambatan.
HANG KADIM : Tanganku luka terkena peluru (memegang luka). Sebab itu kita tewas.
SERI NARA: Kita tewas kerana kurang perpaduan. Tidak sungguh-sungguh berjuang menentang musuh.
(Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 169)
Persoalan Taat setia pada pemerintah
Drama ini juga menyelitkan persoalan taat setia rakyat jelata kepada pemerintah iaitu Raja. Contoh yang terdapat dalam drama ini ialah ketika Sultan Mahmud berundur dari Kota Melaka. Baginda bertemu dengan Hang Kadim dan Seri Nara yang juga turut berundur sebelum itu. Seri Nara melahirkan kebimbangannya terhadap keselamatan Sultan Mahmud serta meluahkan taat setianya untuk melindungi baginda. Petikan dialog tersebut diucapkan oleh Seri Nara dan Hang Kadim.
SERI NARA: Tidak, tidak, hulubalang. Selagi kita semua masih hidup, tuanku takkan ditawan dan dibunuh! Kita masih taat dan setia ,masih terus berbakti kepada raja kita. Raja adil harus dijunjung, itulah raja. Raja itulah rakyat dan rakyat itulah raja..
HANG KADIM: Kita harus lindungi tuanku, taat setia kita masih tetap pada tuanku dan keluarga.
(Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 176)
Persoalan Kezaliman Raja
Kezaliman raja juga menjadi persoalan dalam drama ini. Persoalan ini digambarkan daripada dialog Seri Nara dengan Hang Kadim. Petikan dialog tersebut dapat menggambarkan kezaliman raja .
SERI NARA: Tentu kesal, kerana kezaliman baginda membunuh, ramai orang besar terkorban. Siapakah menghukum bunuh Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya? Dan banyak lagi kekejaman berlaku?
(Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 177)
Kekejaman Penjajah
Dalam drama Bendahara Tepok, Kota Melaka telah diceroboh oleh askar Feringgi yang mahu menjajah Melaka. Berlaku kerosakan harta benda dan juga ramai hulubalang serta rakyat biasa terkorban. Contoh petikan yang jelas dapat menggambarkan persoalan kekejaman Feringgi dapat dilihat dalam dialog dibawah:
BENDAHARA : Aku baru tiba di sini, dibawa lari Selamat pengecut ini. Aku tahu orang-orangku terbunuh di pantai. Sungguh kejam musuh, peluru meriamnya memecah tembok kota, menara istana di tepi sungai rosak binasa.
PANGLIMA ALANG: Bersyukur datuk selamat, kalau tidak, datuk juga terbunuh, terbunuh tak berpusara. Ramai perempuan kita ditawan dan diculik, rumah-rumah ibadat dan madrasah dibakar, kanak-kanal kita juga diseksa.
(Petikan Drama Bendahara Tepok,MS 182)
WATAK DAN PERWATAKAN
Dalam drama “ Bendahara Tepok”, terdapat 10 watak secara keseluruhannya. Ianya dibahagikan kepada 2 bahagian watak iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama adalah peneraju utama dalam drama ini. Manakala watak sampingan adalah pembantu untuk watak utama. Watak-watak ini memainkan peranan yang penting bagi menghidupkan drama ini menjadi sebuah cerita yang menarik.
Perwatakan
1. Bendahara Tepok
Seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Tegas dan sangat cinta akan tanah airnya iaitu Melaka. Biarpun umurnya sudah dimamah usia dan menghidap penyakit lumpuh, namun semangat ingin mempertahankan tanah air sungguh kuat.
2. Hang Kadim
Seorang hulubalang yang mempunyai semangat mempetahankan tanah air. Biarpun Melaka telah ditawan oleh Portugis, beliau ingin merampas semula Melaka daripada tangan Portugis. Seorang bijak dan tidak mengikut perasaan.
3. Seri Nara
Seorang hulubalang sama seperti Hang Kadim. Beliau dan Hang Kadim berjuang untuk mendapatkan semula Melaka. Seorang yang pandai bermain senjata dan bersilat namun berundur ketika diserang oleh Portugis kerana kekurangan senjata api dan jumlah tentera Portugis sangat ramai.
4. Sultan Ahmad
Raja Muda iaitu pengganti kepada Sultan Mahmud. Masih muda dan masih lagi mentah dalam hal ehwal pemerintahan.
5. Sultan Mahmud
Seorang sultan yang kejam dan zalim. Pentingkan diri sendiri dan tidak memperikemanusiaan terhadap rakyat dan juga pembesar-pembesarnya.
6. Tun Fatimah
Pemaisuri Melaka dan isteri kepada Sultan Mahmud. Seorang yang berani dan tegas.
7. Selamat Gagah
Orang kanan kepada Bendahar Tepok. Berani dan gagah namun dituduh pengecut oleh Bendahar Tepok kerana lari berundur dan memangku bersama Bendahara Tepok yang sudah uzur.
8. Panglima Alang
Hulu baling Melaka. Berani dan berjuang untuk mendapatkan semula Melaka dari tangan Portugis.
9. Khoja Ahmad
Anak kepada Bendahara Tepok.
Latar masa.
Tahun 1511 - Pada tahun 1511, angkatan perang portugis menyerang dan menakluki kota Melaka , kerajaan islam Melayu Melaka ditawan oleh portugis.
Waktu Pagi - Seri Nara dan hang Kadim sampai di Ulu Muar
Latar Tempat.
Di tepi hutan - Tempat Hang Kadin dengan Seri Nara berbual-bual tentang kejatuhan kerajaan Melaka di tangan portugis.
Tebing Sungai Melaka - Tempat Khoja Ahmad dan ayahnya Bendahara Tepok bertahan dan berperang dengan Askar ferenggi.
Ulu Muar - Tempat Hang Kadim dan seri Nara berundur selapas Melaka diserang dan ditawan oleh portugis.
Bentayan - Tempat Sultan Ahmad dan Raja Sulaiman ingin membuat kota dan bertahan daripada serangan portugis.
Pagoh - Tempat Sultan Mahmud dan Tuanku Permaisuri berundur dan bertahan selepas istana Melaka di tawan oleh Portugis. Disini juga terletaknya istana dan makam Almarhum Sultan Alaudin ayahnda Sultan Mahmud.
Bertam Ulu Melaka - Tempat Datuk Penghulu Bendahari dan Datuk Temenggung membawa pihak perempuan berundur daripada serangan angkatan tentera portugis. Di sini juga tempat Datuk Penghulu Bendahari dan Datuk Temenggung ingin berkumpul dan membuat kubu.
Lubuk Batu – Tempat Datuk Bendahara Tepok mencampakan batu yang dibawanya dan dikawasan tersebut jugalah tempat makam Datuk Bendahara Tepok.
Latar Masyarkat.
Masyarkat daripada golongan diraja.
Masyarkat yang berasal daripada golongan istana ini diwakili oleh Sultan Mahmud yang mana memerintah Melaka pada ketika itu. Selain itu golongan diraja yang lain terdiri daripada Raja Sulaiman iaitu Ayahanda Saudara Sultan Mahmud, Sultan Ahmad iaitu Raja Muda dan Tun Fatimah, permaisuri Melaka.
Masyarkat daripada pembesar istana.
Masyarkat yang berasal daripad golongan pembesar istana ini diwakili oleh Datuk Bendahara Tepok, Selamat Gagah iaitu orang kanan Bendahara Tepok, Kohja Ahmad anak bendahara Tepok, Hang Kadim dan Seri Nara iaitu Hulubalang Melaka.
Masyarkat yang mengambil berat.
Masyarkat yang mengambil berat ini dapat dilihat melalui watak Seri Nara dan Hang Kadim yang mengambil berat akan keadaan Datuk bendahara yang tua dan uzur serta tepok yang berjuang mempertahankan Melaka daripada serangan angkatan tentera portugis. Hang Kadim ingin membawa Seri Nara mencari Datuk Bendahara.
Masyarkat yang taat setia kepada Sultan.
Masyarkat yang taat setia kepada sultan ini dapat dilihat melalui kata-kata yang diluahkan oleh Seri Nara yang mana mengatakan Sultan Mahmud tidak akan ditawan dan dibunuh selagi hulubalang dan para pembesar Melaka sepereti Hang Kadim, Seri Nara, Datuk bendahara dan yang lain-lain masih hidup. Mereka ini akan berjuang habis-habisan untuk melindungi Sultan Mahmud daripada serangan angkatan tentera Portugis.
Masyarakat yang zalim.
Masyarkat yang zalim ini dapat melalui watak Sultan Mahmud yang mana membunuh orang-orang besar seperti Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui kata-kata Seri Nara yang mengimbas kembali peristiwa yang membawa kepada perpecahan diantara golongan pembesar Melaka.
Masyarkat yang berani.
Masyarkat Yang berani ini dapat dilihat melalui Watak Datuk Bendahara. Datuk Bendahara yang sudah tua, uzur dan tepok tidak gentar menentang angkatan tentera portugis yang menyerang Melaka kerana mempunyai semangat yang berkobar-kobar dan bertanggungjawab. Sewaktu orang kanannya iaitu Selamat Gagah membawa Datuk Bendahara berundur Ulu Muar Datuk Bendahara memarahi Selamat Gagah kerana membawanya berundur. Datuk Bendahara tetap mahu berjuang menentang tentera portugis yang menyerang Melaka. Datuk bendahara juga mengarahkan Selamat Gagah untuk menghantarnya kembali ke Melaka untuk menentang pihak portugis, tetapi dihalang oleh Hang Kadim, Seri Nara dan Panglima Alang.
Nilai
Bersyukur
Dalam drama ini terdapatnya nilai bersyukur. Nilai bersyukur merupakan nilai yang dituntut dalam agama islam.Contohnya, Hang Kadim bersyukur kerana dapat melepaskan diri dalam serangan portugis. Beliau memanjatkan kesyukuran kerana nyawanya dipanjangkan.
Cinta akan Tanah Air
Dalam drama ini adanya nilai cinta akan tanah air. Contohnya,Sultan Ahmad menunjukkan semangat cinta akan tanah airnya dalam menentang musuh. Beliau tidak gentar menentang musuh sebaliknya menunjukkan darah-darah musuh yang terlekat pada pakaiannya
Taat kepada pemerintah
Nilai taat juga terdapat dalam drama Bendahara Tepok. Contohnya,Seri Nara seorang yang taat kepada Rajanya. Beliau mengatakan bahawa selagi beliau masih hidup dia akan sentiasa taat kepada Sultan Mahmud.Itulah yang menunjukkan taat setia kepada raja.
Prihatin
Nilai prihatin juga terdapat dalam drama Bendahara Tepok. Contohnya Hang Kadim amat perihatin terhadap Bendahara Tepok. Beliau merisaukan kedaan Bendahara Tepok yang sedang berjuang dan membimbangi usaha Bendahara Tepok hanya sia-sia sahaja kerana Bendahar tepok sudah tua lagi tepok yang mahu menentang musuh.
Pengajaran
Kita hendaklah bersemangat dalam melakukan sesuatu. Sifat semangat yang kuat akan menjadikan kita lebih berjaya. Contohnya, Sultan Mahmud begitu bersemangat dalam menentang musuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)