Bahagian Satu
(40 markah)
Jawab semua soalan
1. Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah kianat.
( Dipetik daripada
Seuntai Kasih Secebis Harapan )
a) Apakah jenis puisi di atas. (2 markah)
b) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam puisi
di atas. ( 2 markah )
2. Syahadan,maka dicitanya nama gurunya Bakawan Narada, maka
keluarlah jin keempat
orang akan pahlawan daripada sekalian jin yang amat banyak
itu. Maka jin itu pun
datanglah menyembah Putera Jayapati. Maka sembahnya,
"Ya tuanku, apa pekerjaan
tuanku memanggil patik ini dan musuh yang mana hendak
disuruh patik melawan?
Maka sangatlah ingin rasanya patik hendak berperang".
Maka kata Putera Jayapati,
"Hai saudaraku,lawanlah akan hulubalang Raja Gangga
Wijaya yang di bawah mahligai
ini'.
( Dipetik daripada Hikayat Putera Jayapati,
Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Huraikan dua unsur cerita panji
dalam petikan di atas. ( 4 markah )
3. Maka kata naga itu, "Ya Tuanku Raden Kesuma Ningrat, ambillah di
dalam telinga patik
ini". Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat dua biji
telur itu maka dikasikan kepada
tuan puteri satu biji dan kepada Raden Kesuma Wati satu
biji. Maka ia pun kembalilah,
maka kata Raden Kesuma Ningrat, "Hai landak putih
kedua, pergilah engkau pulang
dapatkan singa, katakan aku hendak pulang". Maka
pergilah landak itu.
( Dipetik daripada Hikayat
Cendawan Putih, Seuntai Kasih Secebis Harapan )
Jelaskan dua nilai moral yang terdapat dalam petikan
diatas. ( 4 markah )
4. Pengalaman adalah payung ketabahannya
menempuh hujan ujian yang tajam
keredaan adalah bekal usahanya
merempuh hutan beban yang kelam.
( Dipetik daripada sajak
Sketsa Pengemis Kecil pada
Landskap Kota
Raya, karya Chulan Chin )
Nyatakan dua persoalan dalam puisi di atas. (4 markah)
5. HULUBALANG : Ampun, tuanku. Lekas berundur, tuanku. Askar-askar
Feringgi
mencari tuanku di keliling Kota Melaka. Mereka sangat zalim dan kejam.
Ramai orang
kita ditawan dan dibunuhnya. Semua masjid dan madrasah dibakar.
Lekas berundur dari sini, tuanku. (SULTAN MAHMUD terdiam
sejurus dan tunduk
termenung sambil memandang permaisuri dan sekaliannya). Kita
semua terpaksa berundur,
tuanku. Tapi....tapi, Datuk Bendahara dengan orang-orangnya
masih berdegil menentang
di luar kota...
( Dipetik daripada drama Bendahara Tepok oleh
Shaharom Husain )
Jelaskan dua latar masyarakat dalam petikan drama di
atas. (4 markah)
6. IMRAN : (suara putus-putus) sabar, Asma. Jangan putus asa. Bawa
mengucap.
Mereka bawa kita ke hospital ni. Engkau akan sembuh cepat,
Percayalah. Aku pun sakit juga, luka-luka. Maaf ya, Asma. lni semua
salah aku, tak dengar nasihat kau. Aku menyesal, tapi apa boleh buat,
perkara sudah terjadi
( Dipetik daripada drama Menggapai Pelangi oleh Taha Abd Kadir )
Jelaskan dua perwatakan Imran dalam
petikan drama di atas. ( 4 markah )
7. Deru angin yang menyentuh seluruh badanku bagaikan menggerakkan
segala sendi
pemalasku. Dingin. Bagaikan kucing bangun tidur,aku
menggeliat.Mengendurkan
otot-otot yang tegang.Aku melepas pandang ke arah bukit
bukau di sekitar rumahku.
Kabus pagi masih lagi belum mahu membiarkan suria
menonjolkan diri. Dingin
menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus
( Dipetik daripada cerpen Benar kata Ayah oleh Ria Asmira )
Berikan. dua gaya bahasa beserta contoh yang terdapat
dalam petikan cerpen di atas.
( 4 markah )
8. "Kau punya cita-cita ,Rini? 'tanyaku sekadar mengalih tajuk
perbualan.
"Ya. Aku ingin sekali menjadi seorang doktor. Jika
tercapai cita-cita itu nanti, tahulah
aku untuk mengubah nasib bangsaku. Cuma
kadang-kadang aku terasa, dalam hidup
seperti ini, mampukah itu dinamakan cita-cita atau
hanya tinggal angan-angan sahaja?'
Ada segarit senyuman tawar di sudut bibir gadis itu.
( Dipetik daripada
cerpen Di Bawah Langit Takut-takut
oleh Amalia
Fauza Bohari )
Huraikan dua teknik penceritaan yang
terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )
9. " Emak sebenamya ada masalah berat dan tak tahu dengan siapa
emak nak
berkongsi." Di situ dia noktahkan ayatnya.
(
Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )
a) Siapakah Emak dalam petikan di atas dan dialog itu
ditujukan kepada siapa?
( 2 markah )
b) Apakah masalah berat yang dihadapi oleh emak dalam
petikan di atas?
( 2 markah )
10. Syed Mustafa senyum dan berpuas hati dengan penerangan Anuariza. Dia
mengakui
ketinggian ilmu agama anak muda itu. Maghrib dan
subuh tadi, dia mendengar
laungan azan yang begitu lunak dari masjid kampung.
lbunya mengatakan Anuariza
yang melaungkan azan apabila masuk waktu solat.
Sewaktu kenduri kesyukuran di
rumahnya malam semalam juga, Anuariza turut diberi
kepercayaan berselawat ke
atas Nabi Muhammad SAW selepas imam kampung itu
memulakannya.
( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )
Berikan empat unsur lslam yang terdapat
dalam petikan di atas. ( 4 markah )
Bahagian Dua
( 60 markah )
Bahagian A
(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2
1. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan berikutnya.
Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Persahabatan
Zahir peruntungan yang telah sejati,
Mendapat saudara handai sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.
Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohonkan segera.
Jatuh padanya itu sekalian,
Darjah kehebatan lagi kepujian,
Nur keelokan rahmat ketinggian,
Daripada itu hingga kemudian.
Kerana fakir tiada terkuasa,
Pada hamba lusuhlah jasa,
Budi yang ihsan dipohon sentiasa,
lkatan reda sama sebangsa.
Sesungguhnya tenang rasa fikirku,
Serta rahmat anugerah Tuanku,
Yang telah menghasilkan maksudku,
Memecahkan di hati yang terbuku.
( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis
Harapan )
a. Jelaskan tiga ciri bentuk syair di atas.
( 6 markah )
b. Nyatakan tiga amalan masyarakat dalam memupuk
hubungan
kekeluargaan dan persahabatan yang terdapat dalam
syair di atas.
( 6 markah )
c. Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih
sayang.
( 8 markah )
2. Berdasarkan Hikayat caya Langkara, teks seuntai Kasih secebis
Harapan:
a.Nyatakan empat kejayaan watak Caya
Langkara. ( 8 markah )
b. Jelaskan enam ciri cerita lipur lara
yang terdapat dalam hikayat ini.
(12
markah)
Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)
Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 4
3. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan
berikut
DI DADA MEREKA ADA KHALID
Mereka tak pemah mengimpikan puja sanjung
dan nama menggunung
di dada mereka ada Khalid
di tangan mereka pedang keberanian
di hati mereka berkubu keyakinan
seorang mati seribu lagi bingkas
mengipas bara perjuangan.
Perjuangan suci tak pernah tunduk
pada igau kematian
mati hanya mampu menumpaskan pengecut
hidup hanya bererti buat yang berani
biar seribu tahun
perjuangan luhur jalannya berlumpur.
Di dada mereka ada Khalid
singa garang di padang juang
setiap hari akan mereka nantikan
musuh pulang mengusung walang
musuh walang mengusung keranda teman.
SHAHRUNIZAM
ABDUL TALIB
a. Jelaskan nada sajak di atas. ( 4 markah )
b. Huraikan empat gaya bahasa yang terdapat dalam
sajak di atas. ( 8 markah )
c. Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan perjuangan.
Bilangan baris sajak anda itu tidak kurang daripada lima
belas baris. (8 markah)
4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad lsmail :
a. Jelaskan empat perwatakan Puteri
Lelawati Ayu . ( 8 markah )
b. Bincangkan tiga pengajaran dalam drama
. ( 6 markah )
c. Huraikan tiga latar masyarakat.
( 6 markah )
Bahaglan C
( Cerpen dan Novel )
Jawab sama ada Soalan 5 atau Soatan 6
5. Berdasarkan cerpen Anak-anak Pejuang, karya Ghazali Lateh;
a. Huraikan tema cerpen tersebut.
( 4
markah )
b. Nyatakan empat peranan Pak Denan dalam
cerpen tersebut. ( 8 markah )
c. Jelaskan empat konflik batin watak Pak Denan dalam
cerpen tersebut.
( 8 markah )
6. . Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh.
a. Jelaskan lima bukti yang
menggambarkan kegigihan Jalil
dalam novel tersebut.
( 10 markah )
b. Huraikan lima persoalan yang
terdapat dalam novel
tersebut.
( 10
markah )
SOALAN TAMAT
Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan Kesusasteraan Melayu SPM 2012.
Bahagian Satu
1.a. gurindam
2 markah
b.i. Kita mestilah menjauhi/membuang sifat/perangai yang buruk/tercela
sekiranya hendak menjadi pemimpin/ketua.
Cth : Hendak jadi kepala,
Buang perangai yang cela
1+1m
ii. Kita mestilah memegang amanah yang diberi.
Cth: Hendaklah memegang amanat.
1+1m
iii. Kita hendaklah menjauhi perbuatan khianat.
Cth: buanglah khianat
1+1m
Mak: 2 markah
2. Unsur cerita panji
i.Watak utama/watak-watak dari kalangan istana/putera- puteri raja
Contoh: Putera Jayapati/Raja Gangga Wijaya.
1+1m
ii.Ada watak pembantu
Contoh: Jin keempat orang/Bakawan Narada.
1+1m
iii.Ada unsur sakti/luar biasa/dongeng/mitos
Contoh: Putera Jayapati menyeru gurunya Bakawan Nara yang
mengeluarkan pahlawan jin keempat/jin yang amat banyak.
1+1m
iv.Ada unsur peperangan
Contoh: Pahlawan Jin keempa/rakyat jin/Putera Jayapati
hendak
berperang dengan Raja Gangga Wijaya.
1+1m
v. Latar tempat di alam nyata / ghaib
Contoh: Di bawah mahligai.
1+1m
Mak: 4 markah
3. Nilai moral/murni/kemanusiaan
i.Baik hati.
Contoh: Naga menyuruh Raden Kesuma Ningrat mengambil dua biji
telur
burung merpati
di dalam telinganya
2m
ii.Keadilan.
Contoh: Raden Kesuma Ningrat memberikan sebiji seorang
telur burung
merpati putih kepada Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dan
Raden Kesuma
Wati
2m
iii. Kepatuhan/kesetiaan/ketaatan.
Contoh: Landak putih patuh/setia/taat kepada Raden Kesuma
Ningrat
yang menyuruhnya pergi memanggil singa kerana dia hendak
pulang....2m
Mak: 4 markah
4. Persoalan
i.Pengalaman hidup
2m
ii. ketabahan menghadapi ujian
2m
iii.keredaan menghadapi kesusahan/kesulitan
2m
Mak. 4 markah
5. Latar masyarakat :
i.Masyarakat berada dalam
ketakutan.......................................... 2m
ii.Masyarakat rnenjadi mangsa / tawanan
perang............................ 2m
iii.Masyarakat kehilangan harta
benda............................................. 2m
iv.Masyarakat gigih/berani berjuang
................................................ 2m
v.Masyarakat taat kepada ketua/
raja............................................. 2m
vi.Masyarakat dalam keadaan huru hara menyelamatkan diri.............2 m
vii.Masyarakat yang
zalim/kejam.......................................................2m
Mak. 4 markah
6. Perwatakan lmran
i. Seorang bersikap
tenang............................................................. 2m
ii. Seorang yang mengakui kelemahan
diri....................................... 2m
iii.Seorang yang keras
hati.............................................................. 2m
iv.Seorang yang prihatin / mudah
simpati......................................... 2m
v. Seorang yang mudah
insaf...........................................................2m
Mak. 4 markah
7. gaya bahasa
i. Personifikasi
..............................................................................
1m
Contoh: Deru angin menyentuh seluruh badanku/Kabus pagi
masih tagi
belum mahu
membiarkan suria menonjokan diri/Dingin
menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus.................. 1m
ii.
Simile........................................................................................
1m
Contohnya: Deru angin.yang menyentuh seluruh badanku
bagaikan
menggerakkan segala sendi pemalasku/Bagaikan kucing
bangun tidur
aku
menggeliat.........................................................................
1m
iii.Sinkof
Contohnya: badanku/
pemalasku................................................ 1m
vi.Kata ganda
Contohnya: otot-otot
.................................................................1m
Mak: markah
8. Teknik penceritaan
i.
Dialog..........................................................................................1m
contohnya: " Kau punya cita-citra , Rini? Tanyaku
sekadar mengalih
tajuk perbualan........................................................
1m
ii.lmbas
muka..................................................................................1m
Contohnya: jika tertcapai cita-cita itu nanti, tahulah aku
untuk
menguba nasib bangsaku.............................................................1m
iii.Teknik
deskriptif/penghuraian......................................................1m
Contohnya: Ada segarit senyum tawar di sudut bibir gadis
itu.......1m
9.
a. i. Solehah....................................................................................1m
ii.
Anuariza...................................................................................1m
b. Memberi jawapan terhadap lamaran Syed Mustafa yang mahu
mengahwininya...........................................................................
2m
Mak. 4
markah
10. Unsur lslam
i. Waktu-waktu dalam lslam/ subuh / maghrib.............................1m
ii. Laungan
azan.........................................................................1m
iii. Masjid / rumah ibadat dalam
lslam.........................................1m
iv.Kenduri kesyukuran/ amalan hidup
lslam................................1m
v. Berselawat ke atas Nabi Muhammad
SAW...........................1m
vi. Nama nabi/ Nabi Muhammad
SAW......................................1m
vii. lmam / gelaran dalam lslam....................................................1m
Mak: 4
markah
Bahagian Dua
l.
a. Bentuk
i. Berangkap
Contoh: Terdiri daripada lima
rangkap............................... 1+1m
ii. Jumlah baris setiap rangkap sama banyak/empat
baris .
Contoh: R1 -
R4...............................................................1+1m
iii. Rima akhir sama/terikat/sekata.
Contoh:semua rangkap rimanya aaaa
.................................1+1m
iv. Jumlah perkataan sebaris tidak sama banyak/di antara
tiga hingga
lima perkataan..
Contoh: Menghabisi dukacita sengsara ( tiga
perkataan )
Budi yang sama ikhlas mesra ( lima perkataan).......1+1m
v. Jumlah suku kata sebaris tidak sama banyak/di antara
sembilan
hingga dua belas
Contoh: Bukan balas intan permata ( sembilan suku
kata )
Zahir peruntungan yang telah sejati (dua belas suku kata)
1+1m
vi. Berbentuk terikat / tidak
bebas.............................................2m
Mak: 6 markah
b. Amalan masyarakat.
i. Hubungan kasih sayang/ kemesraan antara keluarga /
sahabat..2m
ii. Selalu tolong-menolong keluarga yang
memerlukan.................2m
iii. Selalu berhubung/bertanya khabar ahli
keluarga.....................2m
iv. Sentiasa membuat
kebajikan..................................................2m
v. Semangat setia
kawan.......................................................... 2m
vi. Bersatu padu / mengamalkan semangat
perpaduaan........... ...2m
vii. Berbudi/ berbuat jasa dengan
ikhlas.................................... .2m
Mak: 6 markah
c. Mencipta Syair
i. Tema
................................................................................2m
ii. Gaya
Bahasa......................................................................2m
iii.
Bentuk...............................................................................2m
iv.
Kreativiti............................................................................2m
Mak. 8 markah
2.
a. Kejayaan-kejayaan watak Caya Langkara
i. Berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak
gunung
Mesir........................................................................
2m
ii .Berjaya menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja
Saiful
Muluk........................................................................
2m
iii. Berjaya menyembuhkan penyakit Raja Mesir....................... 2m
iv. Berjaya menyelamatkan diri daripada dibakar/dibunuh oleh
Muqaddam dan Muqaddim di dalam
gua.............................2m
v. Berjaya membebaskan Muqaddam dan Muqaddim/Tuan
Puteri Ra'na Kaseen yang ditawan oleh Raja
Peringgi............2m
vi. Berjaya mendapatkan balik kembang kuma-kuma putih yang
dirampas oleh
Raja Peringgi..................................................2m
vii.Berjaya berkahwin dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Puteri
Raja
Madinah......................................................................2m
viii. Berjaya menjodohkan/mengahwinkan bondanya/Tuan Puteri
Sekandrum dengan Raja
Madinah......................................2m
ix. Dilantik sebagai pengganti Raja
Madinah.............................2m
x. Berjaya menawan dan mengislamkan ajar-ajar/Raja Jin Kafir
di negeri Peringgi..................................................................
2m
xi. Berjaya mengahwinkan Muqaddam dengan Tuan Puteri Ratna
Dewi/Puteri
Raja Peringgi.....................................................2m
xii. Berjaya mengahwinkan Muqaddim dengan Tuan Puteri Ratna
Dewi Kemala/Puteri Raja
Mesir......................................... 2m
Mak: 8 markah
b.Ciri-ciri lipur lara dalam Hikayat Caya Langkara
i. Memaparkan suasana/keadaan kehidupan putera-puteri raja,
contoh: Suasana/keadaan kehidupan Muqaddam/Muqaddim/
Caya Langkara iaitu putera Raja Saiful Muluk/Raja
negeri Ajam
Saqat dll...............................................................................
2m
ii. Berlatarkan istana,
contoh: lstana Raja Saiful Muluk/istana Raja
Madinah/istana Raja
Mesir/istana Raja
Peringgi/dll............................................... 2m
iii.Watak-watak/watak utama terdiri daripada kalangan
putera-puteri raja/istana,
contoh: Caya Langkara ( watak utama ) ialah putera Raja
Saiful Muluk/Tuan Puteri Ra'na Kaseen ialah puteri
Raja Madinah/
Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala ialah puteri
Raja Mesir/Tuan
Puteri Ratna Dewi ialah puteri Raja peringgi/dll.
................ ....2m
iv.Ada unsur pengembaraan/merantau,
contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na
Kaseen/Tuan
Puteri Ratna Dewi Kemala/Caya Langkara
mengembara/merantau
di dalam hutan untuk pergi ke puncak gunung negeri
Mesir untuk
mendapatkan kembang kuma-kuma putih.
.............................2m
v.Ada unsur peperangan,
contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin
Kafir/
rakyat Raja Jin/menteri/hulubalang/mangkubumi/pahlawan
negeri
Mesir/Peringgi........................................................................
2m
vi.Ada unsur percintaan/berkasih sayang,
contoh: Caya Langkara bercinta/berkasih sayang dengan
Tuan
Puteri Ra'na
Kaseen............................................................. 2m
vii.Penggunaan puisi tradisional/bahasa berirama/runs,
contoh: Tuan Puteri Ratna Dewi berpantun:
Berkuda lagi berambu,
Perca diambil akan cemara,
Orang muda baharu bertemu,
Marilah diambil akan
saudara.................... 2m
viii.Ada unsur latar tempat di kayangan/alam ghaib,
contoh: Caya Langkara berperang dengan
ajar-ajar/Raja
Jin Kafir di kayangan/di alam
ghaib.....................................2m
ix.Ada unsur/latar tempat di alam nyata,
contoh: di negeri Ajam Saqat/Mesir/Madinah/Peringgi/di
puncak
gunung Mesir/di dalam gua/di hutan/di laut/
dll..................... 2m
x.Ada unsur kesaktian/luar biasa/dongeng,
contoh: Kembang kuma-kuma putih yang berakar dan
melekat
di tapak tangan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/makanan naga
kuna
yang terlalu banyak/naga kuna yang berenang terlalu laju
di laut/
Caya Langkara yang bercahaya duduk di atas permukaan air
laut/dll................................................................................
2m
xi.Ada watak pembantu,
contoh: Naga kuna/kucing putih dan kucing hitam/Raja Jin
Kafir
yang memeluk
agama lslam/dll............................................ 2m
xii.Plot cerita berakhir dengan kejayaan/kegembiraan, ..
contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Caya Langkara
berjaya
mendapatkan kembang kuma-kuma putih di puncak
gunung
Mesir/Caya Langkara berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri
Ra'na Kaseen/Raja Saiful Muluk/Raja Mesir/Raja
Madinah
sembuh daripada penyakitnya dengan hikmat
kembang
kuma-kuma putih. ............................................................2m
Mak: 12 markah
3.
a. Nada
i.Patriotik
Contoh : di tangan mereka pedang keberanian .................2+2m
Mak: 4 markah
b.Gaya bahasa
i. Pemilihan kata/diksi yang/tepat/berkesan/puitis
Contoh: perjuangan/ luhur
................................................1+1m
ii. Asonansi
Contoh: di tangan mereka pedang
keberanian ( pengulangan a )
1+1m
iii. Aliterasi
Contoh: di dada mereka ada
Khalid ( pengulangan d ) ....1+1m
iv. Sinkof
Contoh: tak ................................................................
..1+1m
v. Anafora
Contoh: musuh pulang mengusung walang
musuh walang
mengusung keranda teman. ........1+1m
vi. Metafora
Contoh: pedang keberanian/bara perjuangan/padang juang
1+1m
vii. Responsif
Contoh: di dada mereka ada Khalid
di
tangan mereka pedang keberanian ..............1+1m
viii. Anafora
Contoh: Musuh pulang
........................
Musuh walang
.............................................. 1+1m
ix. Pengulangan baris
Contoh: Di dada mereka ada
Khalid............................. 1+1m
Mak. 8 markah
c. Mencipta sajak
i. Tema
........................................................................... 2m
ii. Gaya bahasa
................................................................2m
iii. Bentuk .......................................................................
2m
iv. Kreativiti
.................................................................... 2m
Mak. 8 markah
4.
a. Perwatakan Puteri Lelawati Ayu :
i. Seorang yang penyayang
Contoh : Puteri Lelawati Ayu amat menyayangi Nenek
Kebayan Kembang Kasturi .........................................
1+1m
ii. Seorang yang suka merendah diri
Contoh : PLA selalu merendah diri dengan menyatakan
dirinya hodoh,walhal dia seorang yang cantik. Hal ini diakui
oleh Nenek Kebayan dan Mamat............................... 1+1m
iii. Seorang yang setia
Contoh : PLA tetap setia bersama neneknya untuk tinggal
di kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya iaitu
keturunan istana mempelawa untuk tinggal di istana...
1+1m
iv. Seorang yang tidak suka meminta-minta
Contoh : PLA berpendapat bahawa orang yang suka
meminta-minta merupakan ahli neraka......................
1+1m
v. Seorang yang tabah
Contoh : PLA tabah menghadapi kehidupan yang miskin
di kawasan setinggan yang busuk dan kotor.............. 1+1m
vi. Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain.
Contoh : PLA tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku
Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri./
PLA menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata
Tengku Mahmud tersebut...................................
.. 1+1m
Mak: 8 markah
b. Pengajaran dalam drama :
i. Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjat
atau kelas dalam kehidupan
Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju apabila Tengku
Mahmud Baginda telah mengahwini anak Nenek Kebayan
Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget. 1+1m
ii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang
diberikan kepada kita.
Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi telah
memelihara Puteri Lelawati Ayu selama 18 tahun setelah
kematian bondanya.....................................................1+1m
iii. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama.
Contohnya : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan
sembahyang dan selalu membaca Al-Quran.............. 1+1m
iv. Kita hendaklah sentiasa mengawal anak-anak agar mereka
tidak melakukan perkara yang tidak sihat.
Contohnya : Watak ibu kepada Puteri Lelawati Ayu telah
menjadi penari joget tanpa pengetahuan Nenek Kebayan
Kembang Kasturi disebabkan kelalaiannya dalam mengawasi
pergerakan anaknya itu..........................................
1+1m
v. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa
diri kita.
Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi tabah
menghadapi penderitaan hidup sewaktu zaman penjajahan
Jepun suatu ketika dahulu......................................
1+1m
Mak: 6 markah
c. Latar masyarakat :
i. Masyarakat istana / golongan bangsawan.
Contohnya:Tengku Mahmud Baginda ialah dari golongan
bangsawan / istana.
.................................................1+1m
ii. Masyarakat Melayu setinggan
Contohnya :PLA dan Nenek Kebayan Kembang Kasturi
ialah penghuni rumah setinggan yang daif dan kotor...1+1m
iii. Masyarakat penyayang
Contohnya :Tengku Mahmud sangat menyayangi anaknya,
walaupun terpisah 18 tahun, baginda tetap mencari
anaknya.
.............................................................. 1+1m
iv. Masyarakat yang suka bersedekah.
Contohnya :Mamat dan Puteri menerima makanan dan
pakaian dari sedekah seseorang yang baik
hati......1+1m
v. Masyarakat yang mentaati perintah Allah
Contohnya :lbu PLA telah meninggal dunia semasa sedang
solat walaupun dia seorang penari kelab malam.......1+1m
vi. Masyarakat yang rajin berkerja.
Contohnya :Putera melakukan kerja kraf tangan untuk
menyara hidup seperti membuat topeng/kipas
..1+1m
vii. Masyarakat miskin/setinggan.
Contohnya : Nenek Kebayan /PLA tinggal di kawasan
setinggan / kotor /
daif........................................1+1m
viii. Masyarakat yang suka tolong- menolong.
Contohnya :Mamat sentiasa membantu PLA dan
Nenek Kebayan Kembang Kasturi ..................1+1m
Mak. 6
markah
5.
a.Tema cerpen
Semangat patriotik/Perjuangan kemerdekaan tanah air.... 2m
Huraian: Pak Denan bekas pejuang tanah air ingin
bersama-sama meraikan hari kemerdekaan yang diadakan
di Kuala Lumpur. Malangnya hasrat Pak Denan mendapat
tentangan daripada
anaknya........................................... 2m
Mak: 4 markah
b. Empat peranan Pak Denan
i. Seorang pejuang kemerdekaan negara.........................2m
ii. Melumpuhkan Malayan
Union....................................2m
iii. Menjelajah ke seluruh negeri dan desa untuk membangkitkan
semangat menentang penjajahan semasa
mudanya......2m
iv Menyedarkan anak-anaknya supaya mencintai tanah air.2m
iv. Berperanan sebagai model/ pejuang tanah air.............2m
Mak: 8 markah
c. Empat konflik batin/jiwa/dalaman/mental
i. Kecewa.
Contohnya : Pak Denan kecewa apabila anaknya Abdul Rahman
menghalang hasratnya untuk datang ke Kuala
Lumpur. 2m
ii. Sedih.
Contohnya : Pak Denan sedih atas kematian isterinya... 2m
iii.Terkilan.
Contohnya : Pak Denan terkilan dengan sikap Abdul
Rahman
yang menolak rayuannya untuk menyaksikan
sambutan hari
kemerdekaan di Kuala
Lumpur............................... ...2m
iv. Bimbang.
. Contohnya : Pak Denan tambah bimbang apabila anaknya tidak
pulang mengambilnya untuk ke Kuala Lumpur, sedangkan
hari sudah
malam................................................... ... 2m
v. Marah.
Contohnya :Pak Denan marahkan anak-anaknya yang datang
meminta maaf kepadanya di Tugu Negara..............
... 2m
Mak: 8 markah
6.
a. Kegigihan Jalil
i. Kegigihan menebus kembali tanah pusaka ayahnya.
Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang untuk
menebus semula tanah tersebut...............................
1+1m
ii.Kegigihan dalam menuntut ilmu.
Contoh: Jalil berusaha gigih untuk meneruskan pelajarannya
walaupun hidupnya miskin/tanpa ibu.
......................1+1m
iii. Kegigihan mencari rezeki bagi menyara kehidupan.
Contoh: Jalil gigih mengerjakan sawah walaupun kakinya
luka......................................................................
1+1m
iv. Kegigihan berusaha untuk mengubah nasib.
Contoh: Jalil sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur mencari
kerja untuk mengubah nasib hidupnya dan seterusnya
menyambung pelajaran dan berjaya membuka Syarikat
Alam
Hijau.............................................................1+1m
v. Kegigihan rnempertahankan hak.
Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang dan
bersabar dengan karenah Pak Amat yang mungkir janji
sehingga dia berjaya menebus semula tanahnya....... 1+1m
vi. Kegigihan mencapai cita - cita.
Contoh: Jalil gigih bekerja dan mengembangkan syarikat
perniagaannya hingga berjaya membina Taman Tema
di
kampungnya........................................................1+1m
vii. Kegigihan untuk memajukan kampungnya.
Contoh: Jalil berusaha membina Taman Tema untuk
membangunkan kampungnya .............................. 1+1m
Mak: 10 markah
b. Persoalan
i.Kasih sayang anak terhadap ibu/dalam keluarga
Contoh: Jalil tetap mengasihi ibunya walaupun dia dilayan
dengan kasar oleh Mak
Teh.....................................1+1m
ii.Amalan musyawarah/gotong royong dalam masyarakat.
Contoh: Penduduk kampung Bukit Nibung berbincang
untuk mencari kata sepakat berkaitan pampasan
tanah
bagi pembinaan Taman Tema..................................1+1m
iii. Keazaman untuk mencapai cita-cita.
Contoh: Jalil mempunyai keazaman untuk mendapatkan
kembali tanah pusaka yang dijual oleh
ibunya...........1+1
iv.Sumbang mahram dalam keluarga
Contoh: Pak Ngah Kadir tergamak melakukan sumbang
mahram terhadap darah dagingnya sendiri iaitu Biah.
1+1m
v. lmpian merealisasikan cita-cita dalam hidup
Contoh: Jalii bercita-cita untuk memajukan tanah bendang
di kampung Bukit Nibung menjadi Taman Tema yang
terkenal.................................................................. 1+1m
vi.Sikap terburu-buru membawa padah.
Contoh: sikap Mak Teh yang tergesa-gesa menjual tanah
pusaka arwah suaminya menyebabkan dia kehilangan
segala-galanya.......................................................
1 +1m
vii. Kepentingan ilmu/pelajaran untuk masa hadapan
Contoh: Kejayaan Jalil dalam Peperiksaan SPM
melayakkan dia melanjutkan pelajaran ke pusat
pengajian tinggi/UPM ..........................................
1 +1m
viii.Kemiskinan/kesusahan bukan penghalang untuk mencapai
kejayaan hidup.
Contoh: Walaupun Jalil hidup dalam kemiskinan, namun
dia tetap berjaya dalam pelajaran...........................l +1m
ix.Amanah untuk ditunaikan.
Contoh: Jalil menunaikan amanah arwah bapanya untuk
mendapatkan geran tanah.................................... 1 +1m
x.Sikap tolong-menolong dalam pelbagai etnik/ masyarakat.
Contoh: Ah Bee membantu Jalil semasa kesusahan.1 +1m
xi.Amalan perbomohan dalam masyarakat Melayu
Contoh: Mak Teh menemui Tok Su Dollah untuk
mengetahui sama ada Muhsin melarikan Biah......... 1 +1m
Nota: lsi-isi lain yang sesuai diterima.
Mak: 10
markah