Tuesday, 30 September 2014

PERCUBAAN SPM 2 2014 SMK LUTONG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


2215
Kesusasteraan Melayu
Percubaan SPM kedua
Sept 2014
2 ½ jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUTONG

==================================

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014




KESUSASTERAAN MELAYU

Dua jam tiga puluh minit




JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian Satu dan Bahagian Dua.

Jawab semua soalan Bahagian Satu.

Jawab tiga soalan Bahagian Dua, iaitu satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan berasingan. Sekiranya terdapat kertas jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 7 halaman bercetak
                                                                                 

Disediakan oleh                      Disemak oleh                          Disahkan oleh


Mohd Fisal bin Ismail                        Sofia Zainuddin                      Pn. Magdalen Su
Ketua Panitia KM                   Guru KM                                Guru Kanan Bahasa





Bahagian Satu
[40 markah]
Jawab semua soalan.

   Puisi A

                                             Anak indung anak ketitir,
                                                    Anak merbah terlompat-lompat,
                                             Yang dikendong habis tercicir,
                                                   Yang dikejar haram tak dapat.
    
                                                      (Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan)

1.   a.   Apakah maksud anafora ?                                                                       [2 markah]

  1. Nyatakan satu contoh anafora dalam puisi di atas.                                [2 markah]


2.                                             Buah langsat gendong di kain,
                                                    Pokok rendang bergantung-gantung;
                                                Bukan dagang datang bermain,
                                                    Dagang datang mencari untung.

         (Dipetik daripada Pantun Empat Kerat Dagang)

      Jelaskan maksud pantun di atas.                                                                    [4 markah]

3. Syahadan,maka dicitanya nama gurunya Bakawan Narada, maka keluarlah jin keempat orang akan pahlawan daripada sekalian jin yang amat banyak itu. Maka jin itu pun datanglah menyembah Putera Jayapati. Maka sembahnya, "Ya tuanku, apa pekerjaan tuanku memanggil patik ini dan musuh yang mana hendak disuruh patik melawan?
Maka sangatlah ingin rasanya patik hendak berperang". Maka kata Putera Jayapati,
"Hai saudaraku,lawanlah akan hulubalang Raja Gangga Wijaya yang di bawah mahligai ini'.
                                                  Dipetik daripada Hikayat Putera Jayapati, Seuntai Kasih Secebis Harapan)

     a. Nyatakan satu unsur cerita panji di atas beserta contoh?                          [2 markah]
   
     b. Berikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan berserta contoh?                                                                                                                                                     [2 markah]




4.                          Pada saat keberangkatan itu
                             Kami yakin perjalanan ayah lebih mudah
                             Kerana ayah punya isteri tabah
                             Dan anak menantu yang pasrah
                             Mengiringi ayah kebaikan yang mewangi
                             Di setiap cebisan pandan bertaburan
                             Di atas pusara

                                            (Dipetik daripada Sajak Keberangkatan Ayah karya Ratna Laila Shahidin)

           Nyatakan dua nilai rangkap sajak di atas beserta contoh.                                    [4 markah]



5.  SERI NARA    : Tentu kesal, kerana kezaliman baginda membunuh, ramai orang    besar terkorban. Siapakah bunuh raja Zainal, bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluargannya? Dan banyak lagi kekejaman berlaku?

HANG KADIM: Sudahlah, Nara. Jangan disebut-sebut sejarah yang lepas. Kejatuhan 
                            Melaka akan jadi pengajaran semua orang. Baginda akan kesal…

                                        ( Dipetik daripada drama Bendahara Tepok, Antologi Madu Ilmu)

   Nyatakan dua pengajaran yang dalam petikan berserta contoh.                                 [4 markah]



6.    IMRAN : (suara putus-putus) sabar, Asma. Jangan putus asa. Bawa mengucap. Mereka bawa kita ke hospital ni. Engkau akan sembuh cepat, Percayalah. Aku pun sakit juga, luka-luka. Maaf ya, Asma. lni semua salah aku, tak dengar nasihat kau. Aku menyesal, tapi apa boleh buat, perkara sudah terjadi

 ( Dipetik daripada drama Menggapai Pelangi oleh Taha Abd Kadir )

     a. Nyatakan satu latar masyarakat berserta contoh berdasarkan petikan.      [2 markah]          b. Nyatakan satu gaya bahasa berserta contoh berdasarkan petikan.              [2 markah]









7. Deru angin yang menyentuh seluruh badanku bagaikan menggerakkan segala sendi
    pemalasku. Dingin. Bagaikan kucing bangun tidur,aku menggeliat.Mengendurkan
    otot-otot yang tegang.Aku melepas pandang ke arah bukit bukau di sekitar rumahku.
    Kabus pagi masih lagi belum mahu membiarkan suria menonjolkan diri. Dingin
    menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus

                                                            ( Dipetik daripada cerpen Benar kata Ayah oleh Ria Asmira )

    Berikan. dua gaya bahasa beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.
                                                                                                                              [4 markah]



8.   "Kau punya cita-cita ,Rini? 'tanyaku sekadar mengalih tajuk perbualan.
      "Ya. Aku ingin sekali menjadi seorang doktor. Jika tercapai cita-cita itu nanti, tahulah
      aku untuk mengubah nasib bangsaku. Cuma kadang-kadang aku terasa, dalam hidup
     seperti ini, mampukah itu dinamakan cita-cita atau hanya tinggal angan-angan sahaja?'
     Ada segarit senyuman tawar di sudut bibir gadis itu.

              ( Dipetik daripada cerpen Di Bawah Langit Takut-takut oleh Amalia Fauza Bohari )

a.      Huraikan satu teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas.    [2 markah]

b.      Nyatakan satu latar masyarakat berserta contoh dalam petikan.              [2 markah]


9. " Emak sebenamya ada masalah berat dan tak tahu dengan siapa emak nak
    berkongsi." Di situ dia noktahkan ayatnya.

                                                                        (Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid)

a. Siapakah Emak dalam petikan di atas dan dialog itu ditujukan kepada siapa?
                                                                                                                              [2 markah]
b. Apakah masalah berat yang dihadapi oleh emak dalam petikan di atas?        [2 markah]

10. Syed Mustafa senyum dan berpuas hati dengan penerangan Anuariza. Dia mengakui ketinggian ilmu agama anak muda itu. Maghrib dan subuh tadi, dia mendengar laungan azan yang begitu lunak dari masjid kampung. lbunya mengatakan Anuariza yang melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Sewaktu kenduri kesyukuran di rumahnya malam semalam juga, Anuariza turut diberi kepercayaan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas imam kampung itu memulakannya.

                                                                   ( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )

a.      Berikan satu unsur lslam yang terdapat dalam petikan di atas beserta contoh.
[2 markah]  
b.     Nyatakan satu perwatakan Anuariza berserta contoh dalam petikan.
                                                                                                              [2 markah]

Bahagian Dua
                                                           
 [60 markah]
                       
                                                            Bahagian A
                                        (Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)
                                    Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.

1.      Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan Persahabatan

Zahir peruntungan yang telah sejati,
Mendapat saudara handai sahabati,
Ahli kebajikan menyejukkan hati,
Setia amanah nyata dilihati.

Budi yang sama ikhlas mesra,
Menghabisi dukacita sengsara,
Bukan balas intan mutiara,
Melainkan rahmat dipohonkan segera.

Jatuh padanya itu sekalian,
Darjah kehebatan lagi kepujian,
Nur keelokan rahmat ketinggian,
Daripada itu hingga kemudian. 

Kerana fakir tiada terkuasa,
Pada hamba lusuhlah jasa,
Budi yang ihsan dipohon sentiasa,
lkatan reda sama sebangsa.

Sesungguhnya tenang rasa fikirku,
Serta rahmat anugerah Tuanku,
Yang telah menghasilkan maksudku,
Memecahkan di hati yang terbuku.
                              ( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )

a. Jelaskan empat bentuk syair di atas.                                                               [8 markah]

b. Nyatakan dua amalan masyarakat dalam memupuk hubungan kekeluargaan dan persahabatan yang terdapat dalam syair di atas.                                            [4 markah]

c. Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih sayang.                          [8 markah]
                       
 2.  Berdasarkan Hikayat Indera Nata,  huraikan :-

a. Dua kejahatan yang dilakukan oleh Indera Jenaka dan ibunya Si Batu Kembar terhadap Indera Nata dan ibunya Tuan Puteri Cenderawati/Si Piatu.                                 [4 markah]
b.   Dua kejayaan Indera Nata.                                                                                  [4 markah]
c.  Tiga pengajaran yang terdapat dalam hikayat tersebut.                                    [12 markah]


Bahagian B
(Puisi Moden dan Drama)

Jawab sama ada  Soalan 3 atau Soalan 4

  3. Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan   
       berikutnya
.

ASIN MUSIM GENTING

Kelak di manakah nanti
jika senja meganya berarak
meninggalkan tompokan sengketa
bertaburan di kaki langit.
Ah! Siapalah sanggup
mengharungi dendam saban waktu
singgah menimpa diri
mematikan dalam bahana sakit
perang yang mendengkikan.


Sungai terus menggalas arus
beban hampas sarap kekejian
dibeting-beting lekat longgokan hanyir perca kemanusiaan koyak-rabak
dimakan asin musim genting.


Lalu mereka berlari menembusi sempadan
halaman penuh duri taburan percikan
perang dan peluru
meletus ratah tubuh lesu
kampung dusun membiakkan zuriat
hangus dibelakang kering lalang


Bukan sengaja menadah keseksaan
padang sasar tubuhlah galang-gantinya
menjadikan perjanjian makin sangsi
di kepalsuan. Secarik kertas
terbakar di tangan. Api terus berang
tanah terkebak dihentak ledak.


Siapalah kita antara baris-baris puisi
bait-bait terus bersuara
melangkah hajat manusia marhaen
dalam gejala tindak-tanduk
tamadun kini,
manusia lebih berani
mengkhianati janji


                                   Jamaludin D.
(a)    Jelaskan tema sajak tersebut.                                                          [4 markah]
 
      (b)   Huraikan empat gaya bahasa berserta contoh.                                [8 markah]

(c)   Cipta sebuah sajak bertemakan Keindahan Alam. Bilangan baris sajak anda itu hendaklah tidak kurang daripada lima belas baris.             [8 markah]



4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad lsmail :

   a. Jelaskan empat perwatakan Puteri Lelawati Ayu .                                       [8 markah]
   b. Bincangkan dua pengajaran dalam drama .                                                  [4 markah]
   c. Huraikan Dua kritikan terhadap watak Tengku Mahmud Baginda.             [8 markah]




Bahagian C
(Cerpen dan Novel)

Jawab sama ada Soalan 5 atau Soalan 6

5.         Berdasarkan cerpen Cikgu Apek  karya Siti Hajar Mohd Zaki :

(a)     Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut.       [4 markah]

(b)    Jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam cerpen.                              [4 markah]

(c)     Huraikan tiga pengajaran dalam cerpen.                                      [12  markah]



6.         Berdasarkan novel Dari Lembah Ke Puncak karya Ghazali Lateh :

(a)    Huraikan tiga persoalan.                                                               [12 markah]

            (b)    Huraikan dua nilai yang menunjukkan Jalil seorang yang bertanggungjawab .                                                                                                                              [8 markah]