Saturday, 22 June 2013

Cerpen Melakar Impian


Burung ruak-ruak/ wakwak
1. Nyatakan gaya bahasa bagi frasa di bawah.

a) bara kemarahan
b) Kacang hantu
c) Matanya menikam tajam ke dalam mata sahabatnya itu
d) “Tentunya tak salah mencuba sesuatu yang baru, kan?”

2.i.Jelaskan tema cepen. (4 markah)
ii. Bincangkan 3 persoalan yang terdapat dalam cerpen.(6 markah)
iii. Huraikan 5 nilai yang terdapat dalam cerpen. (10 markah)



Skema Jawapan

1.a.Metafora -1m
b.simpulan bahasa -1m
c. personifikasi- 1m
d. sinkope-1m

2.a.i. Temanya ialah kegigihan anak muda mengusahakan projek ternakan. 2m Kegigihan Rosli dalam menjalankan projek menternak burung ruak-ruak walaupun dia ditertawakan oleh kawan-kawannya. Dia akhirnya berjaya dalam projek tersebut dan rakan-rakan yang dulunya mentertawakan usahanya turut terlibat dalam projeknya.-2m 
ii. Persoalan;
- Sikap pemaaf / tidak berdendam sesama manusia. Misalnya Rosli sanggup menjamin rakan- rakannya setelah ditangkap polis walaupun dia pernah ditertawakan oleh mereka.-2m
- Sikap yakin terhadap diri sendiri. Misalnya, Rosli yakin bahawa usahanya akan membuahkan hasil walaupun liku-likunya agak sukar.-2m
- Sokongan ibu bapa terhadap usaha anak-anak. Ibu bapa Rosli meminjamkan modal sebanyak RM 2000 supaya Rosli dapat menjalankan projek menternak burung ruak- ruak.-2m
- Semangat persahabatan/setiakawan. Rosli tetap meneruskan persahabatan dengan kawan-kawannya walaupun mereka pernah merendah-rendahkan usahanya. Rosli menjamin mereka di balai polis. Malah, dia mempelawa mereka bersama-sama mengusahakan projek ternakan ruak-ruak.

b.Nilai-nilai;
-Berani. Rosli berani memulakan projek menternak burung ruak-ruak yang belum pernah dibuat oleh sesiapa pun tambahan pula burung tersebut sangat rumit penjagaannya.-2m
-Pemaaf.  Rosli tidak berdendam dengan rakan-rakannya walaupun mereka pernah mentertawakan usahanya. Dia masih mahu menjamin rakan-rakannya daripada terus ditahan di dalam lokap -2m
-Kegigihan. Rosli gigih mengusahakan projek burung ruak-ruak bermula dengan hanya 20 ekor kini ternakannya menjadi beribu-ribu ekor. -2m
-Sabar. Rosli masih tetap sabar memujuk rakan-rakannya walaupun uasahanya itu ditertawakan oleh mereka-2m
-Keinsafan. Rosli sedar tidak ada faedahnya jika dia terus menjadi kacang hantu di kampungnya -2m

No comments:

Post a Comment